awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2022
15:58 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Ogos 2022.
1. Indonesia panggil Duta Ukraine berhubung ciapan Twitter: 'Apa yang dilakukan amat tidak patut'
Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Besar Ukraine, Vasyl Hamianin berhubung ciapannya di Twitter yang menimbulkan rasa kurang senang negara tuan rumah.
2. China "amat khuatir" situasi semasa di loji nuklear Zaporizhzhia
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun pada Khamis berkata China "amat bimbang" dengan serangan di loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine baru-baru ini.
3. China keluarkan kertas putih mengenai Taiwan
Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Selasa mengeluarkan kertas putih bertajuk “Soal Taiwan dan penyatuan semula China pada era baharu”.
4. Kanak-kanak 11 tahun antara 48 terkorban di Gaza
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas.
5. Mahkamah Australia denda Google AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi
Mahkamah Persekutuan Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AU$60 juta (AS$42.7 juta) terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna, lapor Sputnik, memetik Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) pada Jumaat.
6. Pemegang visa pelancongan boleh tunai umrah di Mekah
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pada Khamis bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersial kini akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara tersebut.
7. Portugal, Itali alami kemarau melampau
Portugal menghadapi musim panas yang teruk dengan gelombang panas yang mengakibatkan kebakaran hutan.
8. Lelaki bersenjata serah diri, bebaskan tebusan pekerja bank
Insiden mencemaskan seorang lelaki bersenjata menjadikan sekumpulan pekerja bank sebagai tebusan di Beirut pada Khamis berakhir apabila dia menyerah diri.
9. COVID-19 | New Delhi kembali wajibkan penggunaan pelitup muka
New Delhi kembali melaksanakan penggunaan wajib pelitup muka selepas ibu negara India itu terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19.
10. Israel-Palestin | Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 48
Kanak-kanak 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Australia
#China
#COVID-19
#Dewan Negara
#Gaza
#Google
#Haji
#India
#Indonesia
#Itali
#Portugal
#PBB
#New Delhi
#umrah
#Ukraine
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan