awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China keluarkan kertas putih mengenai Taiwan

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2022
01:30 MYT
China keluarkan kertas putih mengenai Taiwan
Kapal tentera laut Taiwan dilihat di Pelabuhan Keelung. - Foto REUTERS
PEJABAT Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Selasa mengeluarkan kertas putih bertajuk “Soal Taiwan dan penyatuan semula China pada era baharu”.
Antara lain, kertas putih itu sekali lagi menekankan bahawa Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah China, memperlihatkan keazaman serta komitmen kukuh Parti Komunis China (PKC) dan rakyat China untuk mewujudkan penyatuan semula negara.
Selain itu kertas putih berkenaan turut menyatakan Taiwan dimiliki China sejak zaman dahulu sambil disokong dari sudut sejarah dan undang-undang, turut menghuraikan pendirian dan dasar parti dan kerajaan China pada era baharu.
Menurut kertas putih itu, Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan dokumen politik yang mengetengahkan prinsip satu China dan ia tidak boleh dinafikan atau ditolak di sisi undang-undang.
Sementara itu, prinsip Satu China sebagai konsensus umum masyarakat antarabangsa wajib dipatuhi sebagai tindakan mematuhi norma hubungan antarabangsa.
Kertas putih itu menyatakan, hanya Satu China di dunia, manakala Taiwan ialah sebahagian China dan kebenaran ini tidak boleh dinafikan dari segi sejarah serta undang-undang.
Tambah kertas putih tu lagi, Taiwan bukan sebuah negara, ia berstatus sebahagian China dan hakikat ini tidak akan berubah.
PKC komited untuk menyelesaian soal Taiwan dan mewujudkan penyatuan semula negara.
Di bawah pimpinan PKC, kemajuan besar telah tercapai dalam perkembangan hubungan antara tanah besar dan Taiwan dalam tempoh tujuh dekad lalu, khususnya sejak kerenggangan hubungan antara kedua-dua belah selat Taiwan itu berakhir.
Menurut kertas putih itu China bersedia mencari sebarang peluang untuk menyatukan semula tanah air secara damai, namun tidak langsung akan memberi ruang kepada puak pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’.
Topic Berkaitan
#kertas putih
#PBB
#PKC
#penyatuan semula negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan