ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
1. Liz Truss dilantik Perdana Menteri UK baharu
Liz Truss menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab Perdana Menteri United Kingdom yang baharu pada Isnin.
2. Nahas Pesawat Ringan | Seorang sah maut, sembilan termasuk kanak-kanak hilang
Usaha mencari sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang hilang dalam nahas pesawat di Washington, Amerika Syarikat diteruskan.
3. Banjir Pakistan | Ribuan keluarga hilang tempat tinggal
Ribuan keluarga hilang tempat tinggal, manakala kanak-kanak pula berisiko dijangkiti penyakit disebabkan kekurangan bekalan air bersih.
4. Tragedi taman tema, 10 pengunjung cedera terhempas 50 meter ke bawah
Sekurang-kurangnya 10 pengunjung Dussehra Ground di Fasa 8 bandar Mohali, terhempas dari ketinggian sekitar 50 meter apabila permainan yang dinaiki mereka jatuh ke tanah dari menaranya, pada Ahad malam.
5. Inflasi: Jerman tambah 65 bilion euro pakej rangsangan
Jerman akan melaksanakan pakej rangsangan tambahan ketiga bernilai 65 bilion euro.
6. EU kecam hukuman penjara tambahan terhadap Suu Kyi
Kesatuan Eropah (EU) mengutuk hukuman penjara tambahan terhadap bekas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang didapati bersalah atas penipuan pilihan raya.
7. 10 maut ditikam dalam serangan rambang di Kanada, dua suspek diburu
Sepuluh orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera akibat ditikam dalam kejadian di dua komuniti terpencil di Kanada pada Ahad.
8. 2 maut dalam kebakaran hutan di utara California
Kebakaran hutan yang merebak pantas di bandar Weed Utara California di daerah Siskiyou telah mengorbankan dua nyawa setakat ini, lapor Xinhua, memetik Syerif daerah Jeremiah LaRue pada Ahad.
9. Dua lagi disahkan maut ketika daki Gunung Klyuchevskaya Sopka di Rusia
Dua lagi disahkan maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka, Rusia, menjadikan jumlah korban setakat ini lapan orang dan usaha menyelamat terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk.
10. Taufan Hinnamnor | Bekalan elektrik di beberapa kediaman terputus
Ratusan penduduk Pulau Miyako mengalami gangguan bekalan elektrik selepas taufan Hinnamor membadai wilayah Okinawa pada Ahad.
Astro Awani
Mon Sep 05 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
AS dakwa Asia Barat berada dalam situasi bahaya
Setiausaha Pertahanan AS maklumkan, situasi di Asia Barat ketika ini berbahaya dan Amerika Syarikat akan berusaha mengelakkan konflik yang lebih meluas.
Himpunan pro-Palestin di luar kedutaan Israel di Washington
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan perhimpunan dan solat di luar Kedutaan Israel di Washington, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Penunjuk perasaan berhimpun di Washington gesa genjatan senjata di Gaza
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Washington, Amerika Syarikat (AS) menggesa gencatan senjata di Gaza selepas ribuan orang terbunuh dalam serangan Israel pada Jumaat.
Puluhan ribu berhimpun di Washington DC, bersolidariti bersama rakyat Palestin
Demonstrasi kali ini merupakan antara sokongan solidariti terbesar untuk rakyat Palestin setakat ini.
Kaku dalam dua acara, Senator McConnell dibenarkan terus bertugas
Mitch Mcconnell diberi kebenaran untuk terus bertugas selepas doktor kongres menilai insiden di mana beliau sekali lagi dilihat terkaku dalam satu acara.
Perbicaraan kes Trump cuba batalkan keputusan pilihan raya didengar di Washington mulai Isnin
Perbicaraan akan datang kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung dakwaan cuba membatalkan keputusan pilihan raya presiden 2020 dijadualkan di Washington pada Isnin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
3 maut, 2 cedera ditembak di Washington
Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Tenggara Washington D.C. pada malam Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.