awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS dakwa Asia Barat berada dalam situasi bahaya

Agensi
Agensi
01/02/2024
22:10 MYT
AS dakwa Asia Barat berada dalam situasi bahaya
Washington menyalahkan serangan itu yang pertama kali membunuh tentera AS di Asia Barat sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas kumpulan pejuang yang didakwanya disokong oleh Iran. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin mendakwa, situasi di Asia Barat ketika ini berada dalam keadaan bahaya dan negara itu akan berusaha mengelakkan konflik yang lebih meluas.
Austin turut menegaskan, AS akan memberikan tindak balas secara berperingkat terhadap serangan di Jordan yang meragut nyawa tiga anggota tenteranya minggu lalu.
Washington menyalahkan serangan itu yang pertama kali membunuh tentera AS di Asia Barat sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas kumpulan pejuang yang didakwanya disokong oleh Iran.
Namun begitu, AS tidak menyebut secara terbuka dari mana datangnya senjata yang membunuh warganegaranya itu, walaupun mendakwa Iran bertanggungjawab dalam pembiayaan dan dalam beberapa kes latihan pasukan pejuang.
Di tengah-tengah jangkaan serangan berperingkat, Austin mencadangkan tindak balas berperingkat akan diperlukan untuk menangani ancaman oleh kumpulan yang disokong oleh Iran terhadap pasukan Amerika.
Serangan di Jordan dan sebarang tindak balas Amerika berkemungkinan menimbulkan kebimbangan terhadap konflik lebih meluas di Asia Barat selepas serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.- Reuters
Topic Berkaitan
#Hamas
#Amerika Syarikat
#Washington
#Lloyd Austin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan