ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Oktober 2022.

1. Sokongan kukuh pelaksanaan hukuman mati bagi kebanyakan jenayah berat di Singapura - Kajian MHA

Terdapat sokongan kuat dalam kalangan rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) bagi pelaksanaan hukuman mati sebagai balasan kepada jenayah paling serius, seperti pembunuhan dengan sengaja, penggunaan senjata api dan mengedar dadah dalam jumlah yang besar.

2. New Zealand cadang pinda akta perangi keganasan

Parlimen New Zealand pada Rabu mencadangkan pindaan kepada undang-undang perangi keganasan dalam usaha meningkatkan lebih banyak sekatan terhadap suspek disyaki merancang serangan.

3. EU cadang langkah baharu perangi peningkatan harga tenaga

Suruhanjaya Eropah mencadangkan pakej baharu bertujuan meningkatkan kestabilan pasaran gas Eropah.

4. Korban tragedi jet pejuang rempuh pangsapuri meningkat kepada 15

Angka kematian akibat nahas sebuah pesawat pejuang Rusia di kawasan perumahan Yeysk, Rusia meningkat kepada 15 orang.

5. Arab Saudi lancar strategi kebangsaan jadi kuasa industri terkemuka

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Selasa melancarkan Strategi Industri Nasional yang bertujuan menjadikan negara itu sebagai kuasa perindustrian terkemuka.

6. Krisis Sri Lanka | Ratusan mahasiswa berhimpun di Colombo

Ratusan mahasiswa berhimpun di Bandar Kelaniya di Colombo, Sri Lanka pada Selasa.

7. India halang wartawan Kashmir ke AS untuk terima hadiah Pulitzer

Pihak berkuasa India menghalang seorang wartawan foto Kashmir yang memenangi hadiah Pulitzer pergi ke Amerika Syarikat (AS).

8. Pesawat Terhempas | Dua disahkan maut dalam nahas pesawat ringan di Ecuador

Dua maut, selepas sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kejiranan di utara guaya-quil, ecuador. Dalam insiden pada selasa itu seorang mangsa dilaporkan cedera.

9. Biden akan peruntuk 15 juta tong minyak dari rizab AS

Pentadbiran Presiden Joe Biden akan mengeluarkan 15 juta tong minyak daripada Rizab Petroleum Strategik Amerika Syarikat (AS) dan penghantaran dijangka dilakukan pada Disember, menurut kenyataan Rumah Putih pada Selasa.

10. Sweden | Menteri termuda terajui portfolio iklim dan alam sekitar

Kerajaan baharu Sweden melantik menteri kabinet termuda bagi memegang portfolio iklim dan alam sekitar. Romina Pourmokhtari, 26 tahun sebagai merupakan Ketua Sayap Pemuda Parti Liberal.