DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia dari 3 hingga 4 Februari.
Sulawesi Selatan dilanda banjir kilat
2. Hujan lebat selama beberapa jam telah mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Parepare, Sulawesi Selatan malam tadi, lapor media tempatan.
Adani Enterprises milik taikun Gautam Adani pada Rabu memutuskan untuk tidak meneruskan penawaran saham bernilai AS$2.5 bilion di tengah-tengah kejatuhan nilai pasaran konglomerat itu.
Australia akan menggantikan ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas 5 dolar Australia, dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu. Menurut Bank Pusat, Reserve Bank Of Australia (RBA), dengan keputusan itu, ia bermakna tiada lagi ilustrasi raja akan berada dalam mata wang kertas Australia.
Sekurang-kurangnya tiga maut dan 32 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di Kaherah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir.
Tiada dokumen sulit ditemui di rumah tepi pantai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika pencarian dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam. Menurut kenyataan dikeluarkan peguamnya, pencarian di Rehoboth, Delaware itu dilakukan dengan mendapat kerjasama penuh daripada Presiden.
Pihak berkuasa Australia pada Rabu menemui kapsul radioaktif yang hilang selepas pencarian selama hampir seminggu di sepanjang 1,400 kilometer lebuh raya.
Beberapa suspek ditahan polis, dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid dekat Pakistan. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.
Kedutaan Malaysia di Peru maklumkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam protes yang berlaku di beberapa bahagian negara Amerika Selatan itu termasuk dekat ibu kota Lima.
Jerebu tebal menyelubungi ibu negara Thailand sejak Rabu, apabila pencemaran udara di bandar itu kini mencapai tahap tidak sihat. Menurut Pusat Kualiti Udara Bangkok, sebanyak 70 stesen pemantauan kualiti udara melaporkan tahap pencemaran udara yang tidak selamat di Bangkok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami