Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Februari 2023.
Menurut pasukan mencari dan menyelamat, angka korban tersebut termasuk melibatkan 14 kanak-kanak, sementara 80 orang lagi berjaya diselamatkan.
2. Puting Beliung | 12 penduduk cedera, kediaman dan kemudahan rosak
Sekurang-kurangnya 12 cedera selepas puting beliung membadai tengah Oklahoma, Amerika Syarikat. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memaklumkan puting beliung berkenaan antara tujuh yang dlaporkan di Oklahoma.
Dakwaan itu dibuat sebagai membalas kenyataan bekas Duta Amerika ke Rusia John Sullivan yang berkata tentera Rusia merancang untuk menggunakan senjata kimia di kawasan operasi ketenteraan khas.
Bekas suami selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Selasa atas dakwaan terlibat dalam tujuh kes kecurian antara lapan hingga 10 tahun lalu.
Polis Hong Kong mula menggeledah tapak pelupusan sampah untuk mendapatkan bahan bukti berkaitan pembunuhan kejam model dan pempengaruh popular, Abby Choi.
Mandat pemakaian penutup muka di Hong Kong ditamatkan berkuatkuasa Rabu 1 Mac 2023. Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee berkata keputusan diambil berdasarkan beberapa pertimbangan.
Hampir 200 kontraktor ditahan atas dakwaan melakukan kerja pembinaan bangunan tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan kerajaan Turkiye sehingga puluhan ribu bangunan ranap selepas gempa bumi dahsyat awal bulan ini.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan susulan sebuah bot karam di pantai selatan Itali. Ketika ini pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.
Berpuluh-puluh peneroka Israel menyerang bandar Huwara di Palestin pada Ahad dan membakar beberapa rumah dan kenderaan Palestin.
Elon Musk merampas kembali 'takhta' sebagai individu terkaya dunia selepas gelaran tersebut dipegang keluarga pemilik fesyen mewah LVMH, Bernard Arnault.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

