awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2023
16:00 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 April 2023.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 April 2023.
1. China bantah 'transit' Tsai Ing-wen di AS
China tegas membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengizinkan pemimpin Taiwan, Tsai Ing-wen "transit" di AS, kata jurucakap Kementerian Luar China pada Khamis.
2. Setiausaha Agung ASEAN, Duta Khas PBB bincang situasi Myanmar
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Horn menerima kunjungan Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, Dr Noeleen Heyzer, di ibu pejabat Sekretariat ASEAN di sini hari ini.
3. Seoul dakwa Korea Utara sudah sedia jalankan ujian nuklear pada "bila-bila masa"
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong-sup pada Khamis mendakwa bahawa Korea Utara sudah bersedia untuk menjalankan ujian nuklear "pada bila-bila masa."
4. Dua maut, tiga hilang helikopter terhempas di Vietnam
Sebuah helikopter terhempas di utara Vietnam pada Rabu, mengorbankan dua orang dan menyebabkan tiga lagi hilang, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
5. Azerbaijan utamakan hubungan rapat dengan Malaysia - Presiden Aliyev
Azerbaijan amat mementingkan hubungan persahabatannya dengan Malaysia, kata Presidennya Ilham Aliyev sempena ulang tahun ke-30 jalinan hubungan dua hala antara kedua-dua negara pada Rabu.
6. McCarthy adakan pertemuan dengan Presiden Taiwan di California
Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy mengadakan pertemuan dengan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen di California pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
7. Robert F. Kennedy Jr. akan sertai pilihan raya presiden AS 2024
Anak saudara kepada bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, Robert F. Kennedy Jr, mengumumkan hasratnya untuk turut serta dalam pilihan raya presiden AS 2024.
8. Malaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu terhadap jemaah Palestin dan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel, pada Rabu.
9. Guna zon industri Kaesong, Seoul ancam ambil tindakan ke atas Pyongyang
Seoul akan mengambil langkah perlu jika Pyongyang terus menggunakan kilangnya di zon perindustrian bersama yang kini ditutup, di bandar Kaesong di selatan Korea Utara yang didakwa digunakan tanpa kebenaran, lapor Agensi Berita Yonhap pada Khamis.
10. Bekas PM Itali Silvio Berlusconi dirawat di ICU
Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Milan pada Rabu, menurut pejabat parti politik Forza Italia.
Topic Berkaitan
#China
#Taiwan
#Tsai Ing-Wen
#Israel
#Masjid Al-Aqsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan