ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 April 2023.

1. G7 beri amaran terhadap tindakan keganasan untuk ubah orde antarabangsa

Negara-negara utama perindustrian, Kumpulan Tujuh (G7) memberi amaran terhadap sebarang percubaan untuk mengubah orde antarabangsa secara paksa berikutan perang Rusia di Ukraine dan ketegasan China.

2. Myanmar beri pengampunan kepada lebih 3,000 tahanan sempena tahun baharu

Majlis Pentadbiran Myanmar pada Isnin memberi pengampunan kepada lebih 3,015 tahanan sempena Tahun Baharu Myanmar. Menurut arahan berasingan majlis itu, 98 tahanan asing dan lima warga Sri Lanka turut diberi pengampunan pada Tahun Baharu.

3. Perhimpunan besar-besaran protes dasar aparteid Israel terhadap rakyat Palestin di London

Orang ramai membawa papan tanda dengan slogan termasuk "Kebebasan untuk Palestin," "Boikot Apartheid" dan "Berhenti Membunuh Rakyat Palestin."

4. 11 maut, lebih 40 dimasukkan ke hospital akibat strok haba di India

Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala lebih 40 lagi dimasukkan ke hospital akibat strok haba selepas menghadiri majlis anugerah anjuran kerajaan tempatan di Maharashtra, barat India.

5. Angka kematian pergolakan di Sudan hampiri 100 orang

Pertempuran di ibu negara Sudan, Khartoum yang memasuki hari ketiga menyaksikan angka kematian meningkat kepada 97 orang, menurut kesatuan doktor Sudan dalam satu kenyataan awal Isnin.

6. Suspek letupan bom asap sasar PM Jepun dihantar ke pejabat pendakwaan

Kimura Ryuji yang ditahan selepas serangan terhadap Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dihantar ke pejabat pendakwa di Wilayah Wakayama.

7. 42 anggota pasukan keselamatan Burkina Faso terbunuh dalam serangan

Burkina Faso terus dibelenggu ketidakamanan, sebahagian besarnya disebabkan oleh pemberontakan yang telah merebak dari negara jiran Mali.

8. Diplomat dan pegawai pertahanan Korea Selatan, Jepun mulakan rundingan keselamatan

Kedua-dua pihak dijangka berkongsi penilaian tentang situasi keselamatan di Asia Timur Laut dan di Semenanjung Korea serta dasar pertahanan dan keselamatan masing-masing.

9. Musk sahkan pelancaran kapal angkasa Starship pada Isnin

SpaceX dalam ciapan di Twitter pada Ahad berkata tetingkap pelancaran 150 minit untuk Starship akan dibuka pada 8 pagi AS (13:00 GMT) pada Isnin.

10. Pegawai AS akan ke Eropah Tengah, Asia Tengah bincang isu pematuhan sekatan

Kedua-dua mereka akan mengenal pasti cara meningkatkan kerjasama, berkongsi maklumat dan membincangkan arah aliran perdagangan dan keutamaan penguatkuasaan di semua peringkat rantaian bekalan.