ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 April 2023.
1. 270 terbunuh, 2,600 cedera konflik ketenteraan di Sudan masuk hari ke-4
Pertempuran antara Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan telah mengorbankan kira-kira 270 orang dan mencederakan lebih 2,600 sehingga Selasa, dengan tembakan dan letupan masih kedengaran merentasi bandar itu.
2. Krisis Sudan: Hospital berdepan kekurangan kakitangan, bekalan perubatan
Beberapa hospital utama di Khartoum, Sudan dilaporkan dalam keadaan huru-hara kerana terperangkap dalam pertempuran antara dua pihak bertelagah.
3. Penerbangan antarabangsa ke selatan Sudan kembali beroperasi
Operasi penerbangan antarabangsa di selatan Sudan telah disambung semula selepas terhenti berikutan penutupan ruang udara Sudan di tengah-tengah pertempuran.
4. 11 nelayan warga Indonesia deselamatkan dari pulau terpencil Australia
Seramai 11 nelayan warga Indonesia diselamatkan dari sebuah pulau terpencil di Australia barat selepas dua bot nelayan terkandas akibat taufan tropika Ilsa.
5. Kebakaran di hospital Beijing mengorbankan 21 nyawa
Sejumlah 21 orang dilaporkan meninggal dunia dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di Beijing, China.
6. Tiga maut, puluhan terperangkap dalam insiden tanah runtuh di Pakistan
Kejadian berlaku di Khyber Pass pada jam dua pagi selasa waktu tempatan diakibatkan oleh guruh kuat yang melanda kawasan itu.
7. Menteri Luar Saudi adakan lawatan pertama ke Syria sejak 12 tahun
Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al Saud tiba di Damsyik petang Selasa, iaitu lawatan pertama Arab Saudi ke Syria dalam tempoh 12 tahun, lapor Xinhua memetik agensi berita kerajaan SANA.
8. Putin adakan lawatan mengejut ke dua wilayah Ukraine dikawal Rusia
Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengadakan lawatan mengejut ke wilayah Luhansk dan Kherson di Ukraine, menurut Kremlin pada Selasa.
9. Populasi India mengatasi China menjelang pertengahan 2023
India sedia mendahului China sebagai negara paling ramai penduduk menjelang pertengahan tahun 2023, dengan kelebihan hampir 3 juta orang, menurut jangkaan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
10. PBB suarakan kebimbangan terhadap tindakan AS curi dengar perbualan Guterres
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi menyuarakan kebimbangan badan dunia itu terhadap pemantauan yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, kata jurucakap PBB pada Selasa.