Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 April 2023.
1. Angka kematian akibat COVID-19 turun 95 peratus sejak awal 2023
Jumlah kematian akibat COVID-19 menurun 95 peratus sejak awal tahun ini, kata ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Rabu.
2. COVID-19: Penularan tinggi subvarian baharu XBB.1.16 'arcturus' cetus kebimbangan
Subvarian Omicron baharu kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan telah mencetuskan kebimbangan mengenai penularannya yang tinggi selain gejala baharunya.
3. Penyanyi rap The Fugees bersalah, komplot bersama Jho Low biaya kempen Presiden AS
Juri Mahkamah Persekutuan Washington pada Rabu mensabitkan kesalahan terhadap penyanyi rap yang juga pemenang Anugerah Grammy, Prakazrel "Pras" Michel dari kumpulan hip hop The Fugees atas tuduhan jenayah.
4. Konflik Sudan: 30 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air esok
Seramai 30 rakyat Malaysia tiba di Jeddah pada malam Rabu waktu tempatan selepas mengharungi perjalanan mencabar dari Khartoum, Sudan yang bermula sejak Isnin.
5. 7 maut dalam kebakaran kereta api penumpang di selatan Pakistan
Sekurang-kurangnya tujuh penumpang terbunuh selepas sebuah gerabak kereta api penumpang yang sedang bergerak terbakar.
6. Orang asing perlu bayar 60 peratus duti setem beli hartanah di Singapura
Orang asing yang berhasrat membeli sebarang hartanah kediaman di Singapura bermula hari ini (27 April) perlu membayar duti setem pembeli tambahan (ABSD) sebanyak 60 peratus setelah ia dinaikkan daripada 30 peratus.
7. China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
Presiden Xi Jinping dalam perbualan telefon pertamanya pada Rabu sejak Rusia melancarkan perang ke atas Ukraine tahun lepas memberitahu rakan sejawatannya dari Ukraine Volodymyr Zelenskyy bahawa China akan menghantar wakil khas ke negara itu, lapor Anadolu.
8. Iran antara lima negara utama sebagai kuasa besar teknologi masa depan
Iran adalah antara lima negara dalam perlumbaan untuk menjadi kuasa besar teknologi masa depan, menurut laporan terbaru oleh Institut Dasar Strategik Australia, lapor IRNA.
9. 7 maut dalam kes tembakan antara polis dan suspek perompak di Brazil
Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh pada Rabu dalam kejadian berbalas tembakan antara polis dan mereka yang dipercayai penjenayah yang merancang untuk merompak pondok tol lebuh raya di negeri Goias Brazil, demikian disahkan oleh Polis Tentera negeri.
10. "Donald Trump perkosa saya" - E. Jean Carroll
Seorang wanita yang juga bekas kolumnis terkenal Amerika Syarikat (AS), E. Jean Carroll memberitahu mahkamah di New York bahawa bekas Presiden negara itu, Donald Trump telah memperkosanya di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di kotaraya itu pada sekitar tahun 1996.
Astro Awani
Thu Apr 27 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 April 2023.
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.