awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2023
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.
1. Sherpa selamatkan pendaki Malaysia di 'zon maut' Everest
Seorang sherpa berkongsi detik cemas ketika dia menyelamatkan pendaki Malaysia pada altitud tinggi yang jarang berlaku di Gunung Everest.
2. PM Lee Singapura sekali lagi positif COVID-19
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sekali lagi disahkan positif COVID-19, selepas keputusan ujian saringan pada Ahad (28 Mei) lalu menunjukkan negatif dan kembali bertugas pada Isnin (29 Mei).
3. Lebih 46,000 penduduk di selatan Jepun diarah pindah akibat Taufan Mawar
Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan berpindah kepada lebih 46,000 penduduk bandar Nanjo di wilayah Okinawa ekoran Taufan Mawar kini menghampiri wilayah itu.
4. Dewan Perwakilan AS lulus perjanjian siling hutang Biden-McCarthy
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan perjanjian yang dirundingkan oleh Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy untuk menaikkan had hutang AS sebelum tarikh akhir bayaran hutangnya pada 5 Jun.
5. IMO terima pakai resolusi kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara
Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) buat kali pertama menerima pakai resolusi mengutuk sekeras-kerasnya ujian peluru berpandu Korea Utara.
6. North Korea's Kim Yo Jong promises more spy satellite launches - KCNA
North Korea's Kim Yo Jong, leader Kim Jong Un's sister, said her country would soon put a military spy satellite into orbit and promised Pyongyang would increase its military surveillance capabilities, state media KCNA reported on Thursday.
7. Budak tiga tahun maut ditikam di Sydney
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku di Sydney pada Rabu dan kes dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan rumah tangga.
8. Dua kanak-kanak antara tiga maut dalam insiden tembakan
Tiga terbunuh, dua daripada mereka merupakan kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun, dalam kejadian tembakan yang berlaku di timur Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).
9. Bintang 'That '70s Show' Danny Masterson didapati bersalah merogol dua wanita
Bintang 'That '70s Show' Danny Masterson didakwa atas tuduhan merogol dua wanita ketika perbicaraan semula diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
10. AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baharu untuk Ukraine, bernilai AS$300 juta.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan