KATHMANDU: Seorang sherpa berkongsi detik cemas ketika dia menyelamatkan pendaki Malaysia pada altitud tinggi yang jarang berlaku di Gunung Everest.
Gelje Sherpa, 30, berkata, dia sedang memberi panduan kepada pendaki China untuk menawan puncak setinggi 8,849 meter (m) tersebut ketika insiden pada 18 Mei lalu.
Dia terlihat mangsa berpaut pada tali dan turut menggigil kesejukan di 'zon maut' di mana suhu berada di bawah -30 darjah Celsius.
Jelas Gelje, dia menarik pendaki itu turun sejauh 600m dari kawasan Balcony ke South Col yang mengambil masa kira-kira enam jam yang kemudiannya turut dibantu rakannya, Nima Tahi Sherpa.
\"Kami membalut tubuhnya dengan alas tempat tidur dan menariknya ke bawah serta mengangkatnya di belakang kami secara bergiliri-gilir menuju ke Kem III," ujar Gelje.
Difahamkan, sebuah helikopter membawanya dari ketinggian 7,162m di Kem III ke kem pangkalan.
"Adalah sangat mustahil untuk melakukan operasi menyelamat pada ketinggian tersebut," menurut jurucakap Jabatan Pelancongan, Bigyan Koirala.
Sementara itu, Tashi Lakhpa Sherpa dari Seven Summit Treks yang memberikan bantuan logistik kepada mangsa enggan mendedahkan identitinya atas sebab privasi.
"Pendaki itu sudah pulang menaiki penerbangan ke Malaysia pada minggu lalu," katanya.
Nepal mengeluarkan 478 permit mendaki pada musim kali ini yang bermula pada Mac hingga Mei dan sekurang-kurangnya 12 pendaki maut manakala lima dilaporkan hilang di lereng Everest. - Agensi
Agensi
Thu Jun 01 2023

Gelje Sherpa berkata, dia sedang memberi panduan kepada pendaki China untuk menawan puncak setinggi 8,849 meter (m) tersebut ketika insiden pada 18 Mei lalu. - Foto Agensi

Pemandu lori ditetak angkara dendam lama
Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Selasa.
Singapura naik tarif air 18 peratus dalam dua fasa
Ketika ini air boleh diminum di Singapura berharga 2.74 dolar Singapura (RM9.40) untuk setiap 1,000 liter atau setiap meter padu, sebelum cukai bagi kebanyakan isi rumah.
Jawatankuasa harmoni diwujudkan semula
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, jawatankuasa itu akan dianggotai pemimpin-pemimpin agama di negara ini.

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.

Sherpa selamatkan pendaki Malaysia di 'zon maut' Everest
Seorang sherpa berkongsi detik cemas ketika dia menyelamatkan pendaki Malaysia pada altitud tinggi yang jarang berlaku di Gunung Everest.

Sherpa Nepal catat rekod daki Everest 27 kali
Kami Rita yang merupakan anggota komuniti etnik Sherpa yang dilahirkan di kaki Gunung Everest.