ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Jun 2023.

1. Wira 'Thai Cave Rescue' meninggal dunia

Narongsak menyelia perancangan operasi menyelamat 2018 untuk kanak-kanak dari pasukan bola sepak Moo Pa atau Wild Boars.

2. Anak Tina Turner ditahan kes dadah

Polis menahan Ike Turner Jr selepas menemui 1.7 gram (g) kokain dan 0.7 g methamphetamine dalam pemilikannya.

3. Ibu bunuh 2 bayi, simpan mayat dalam peti sejuk

Suspek dilapor membunuh anak keempatnya yang berusia sehari pada November 2018 dan mengulangi tindakan sama terhadap anak kelima pada November 2019.

4. 21 cedera nahas kereta api, trak di Republik Czech

Sembilan daripada mangsa mengalami kecederaan tahap sederhana manakala 12 lagi cedera ringan.

5. Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'

Jurucakap kapal induk kepada kapal selam Titan yang kini hilang di luar pantai Kanada mempertahankan OceanGate dengan mendakwa syarikat itu menjalankan "operasi yang sangat selamat".

6. Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India

Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat di panah petir dalam dua kejadian di Bengal Barat di timur India.

7. Letupan di restoran barbeku China ragut 31 nyawa

Kejadian berlaku pukul 9 malam di jalan yang sibuk di daerah Xingqing.

8. Syarikat satelit TV Indonesia IPTV lebarkan sayap ke Malaysia tahun ini

Anak syarikat konglomerat MNC Group yang beribu pejabat di Jakarta Pusat itu mempunyai lebih 11.5 juta pelanggan di Indonesia.

9. Bukan pemimpin Arab, Sukarno yang pertama baca al-Quran di PBB

Apa yang dilakukan Sukarno melebihi tindakan pemimpin-pemimpin Islam di negara Timur Tengah, kata Ketua DPP Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan.

10. Letupan di Paris: Empat parah, dua hilang dalam kejadian bangunan meletup

Kejadian yang berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran gas telah meruntuhkan pusat pengajian fesyen terkenal, Paris American Academy.