ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Jun 2023.

1. Mahkamah The Hague tolak tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia

Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan melalui proses timbang tara pada Februari tahun lalu.

2. PM Anwar, Siphandone saksikan pemeteraian MoC, MoU syarikat Malaysia, Laos

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyaksikan beberapa pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC), Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) di Laos pada Selasa.

3. Pita Limjaroenrat dakwa cukup sokongan jadi PM Thailand

Ketua Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat mendakwa mempunyai sokongan yang mencukupi di Dewan Senat untuk menjadi Perdana Menteri Thailand beberapa hari sebelum sesi persidangan Parlimen bermula.

4. Honda AS panggil balik 1.2 juta kereta 

American Honda Motor Co memanggil semula kira-kira 1.2 juta kenderaannya di Amerika Syarikat berhubung isu keselamatan berikutan kecacatan yang boleh mengakibatkan kamera undur gagal memaparkan imej pada skrin papan pemuka, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

5. Jepun mungkin hadapi gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 - Pakar

Jepun mungkin memasuki gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 dan penting untuk melindungi rakyat terutamanya warga emas, kata pakar, lapor Kyodo News.

6. Kabinet baharu Greece diumum selepas pilihan raya umum

Kabinet baharu Greece diumumkan pada Isnin berikutan kemenangan konservatif dalam pilihan raya umum pada Ahad.

7. Jumlah penduduk tua di Itali meningkat - Istat

Penduduk Itali semakin menua di tengah-tengah penurunan kadar kelahiran, peningkatan purata jangka hayat dan penduduk yang kian lanjut usia, memetik laporan tahunan Noi Italia yang dikeluarkan Institut Perangkaan Kebangsaan Itali (Istat) pada Isnin.

8. Putin jamin beri peluang anggota Kumpulan Wagner bebas

Presiden Rusia Vladimir Putin memberi jaminan kepada anggota Kumpulan Wagner yang beliau akan mengotakan janji untuk memberi peluang mereka bebas.

9. Dana disokong Jack Ma, Bill Gates dan Jeff Bezos labur dalam teknologi perlombongan AI

Kumpulan syarikat Breakthrough Energy Ventures (BEV), yang disokong oleh Bill Gates, Jack Ma dan Jeff Bezos, baru-baru ini mengumumkan pelaburan AS$200 juta untuk KoBold Metals.

10. Lebih dua juta jemaah haji mula berwukuf hari ini

Lebih dua juta jemaah haji mula berwukuf di Arafah hari ini bagi menyempurnakan satu daripada enam rukun haji.