Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Julai 2023.


1. Dua anggota polis, 4 "pengganas" terbunuh dalam serangan bersenjata di Iran

Dua anggota polis dan empat "pengganas" terbunuh pada Sabtu dalam serangan bersenjata di sebuah balai polis di wilayah Sistan dan Baluchestan, di Iran, lapor Xinhua.



2. Tehran, Khartoum setuju pulihkan hubungan, buka semula kedutaan

Menteri Luar Iran pada Sabtu berkata Tehran dan Khartoum bersetuju untuk menyambung semula hubungan dua hala dalam masa terdekat, lapor Xinhua.


3. Bahasa Cina standard ditambah dalam program sekolah di Iran

Iran menambah bahasa Cina standard dan Arab dalam senarai bahasa asing yang boleh diajar di sekolah di seluruh negara, lapor IRNA.


4. Tiada perselisihan dalaman babitkan laporan Fukushima - IAEA

Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Sabtu berkata tiada perselisihan dalaman membabitkan penyediaan laporan komprehensif mengenai rancangan Jepun untuk melepaskan air terawat dari loji Fukushima.


5. Reformasi tanah tidak dapat dihalang - Presiden Zimbabwe

Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa pada Sabtu menegaskan bahawa pembaharuan tanah Zimbabwe, iaitu lebihan tanah ladang daripada petani kulit putih dan diberi kepada petani tanpa tanah bagi memperkasakan mereka dari segi ekonomi, tidak dapat disekat di bawah kepimpinannya.


6. Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak

Kerajaan Taliban mula mengekstrak minyak dari telaga di utara Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.


7. Edgars Rinkevics angkat sumpah Presiden baharu Latvia

Menteri Luar Latvia Edgars Rinkevics, mengangkat sumpah sebagai presiden baharu negara Baltik itu pada Sabtu, lapor Xinhua.


8. Hubungan AS-China perlu dipertingkat untuk atasi perubahan iklim - Setiausaha Perbendaharaan AS

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen menggesa agar hubungan antara kuasa besar Amerika Syarikat dan China dipertingkatkan bagi menangani perubahan iklim dan ancaman global lain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


9. Enam maut, pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang California Selatan

Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran Lapangan Terbang French Valley di California hingga mengorbankan kesemua enam penumpang, nahas kedua di lokasi yang sama dalam tempoh empat hari, lapor tca/dpa.


10. Kemboja masih menderita hasil pengeboman AS setengah abad lalu - PM Hun Sen

Kemboja masih menderita akibat bom berangkai Amerika Syarikat yang digugurkan di negara Asia Tenggara itu setengah abad lalu, kata Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen pada Ahad, lapor Xinhua.