ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Julai 2023.

1. Vietnam bentang permaidani merah sambut ketibaan PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Vietnam di Istana Presiden di sini hari ini.

2. Lawatan Anwar berpotensi perluas kerjasama Vietnam-Malaysia - Duta

Duta Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai berkata hubungan Vietnam-Malaysia berkembang dengan baik dan masih ada ruang untuk mengembangkan kerjasama antara kedua-dua negara.

3. Pengundian pilih PM Thailand diadakan sekali lagi Khamis depan

Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan (27 Julai) untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang hari ini selepas pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat telah ditolak.

4. Dua maut, enam cedera termasuk anggota polis kejadian tembakan di Auckland

Sekurang-kurangnya dua maut manakala enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di pusat bandar Auckland, New Zealand pada Khamis.

5. Tembakan rambang di Auckland: PM sahkan penganjuran Piala Dunia Wanita FIFA diteruskan

Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins memaklumkan penganjuran Piala Dunia Wanita FIFA tetap akan diteruskan seperti yang dirancang.

6. Lima maut, ramai dikhuatiri terperangkap tragedi tanah runtuh di India

Sekurang-kurangnya lima orang maut dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan di daerah Raigad, di negeri Maharashtra, India pada malam Rabu, lapor Xinhua memetik media tempatan.

7. Kanak-kanak tidak sengaja tembak mati adik usia setahun di California

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun ditembak mati secara tidak sengaja pada Isnin oleh adik beradiknya berusia tiga tahun di sebuah rumah di Fallbrook, California.

8. AS tentu sahih maklumat tentera seberang ke Pyongyang

Pentadbiran Joe Biden masih mengumpul maklumat mengenai anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang memasuki Korea Utara secara haram.

9. Ribut kuat di Croatia ragut tiga nyawa, puluhan lagi cedera

Ribut kencang yang melanda benua Croatia pada Rabu meragut tiga nyawa, selain mengakibatkan berpuluh-puluh lagi cedera.

10. Ribuan penulis gesa syarikat AI hormati hak cipta

Beribu-ribu penulis menggesa syarikat AI agar mendapatkan kebenaran sebelum memasukkan karya hak cipta ke dalam teknologi mereka.