ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Ogos 2023.

1. PM Singapura beri jaminan kerajaan akan bertindak walaupun jejaskan parti

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata untuk kebaikan negara, kerajaan akan melaksanakan apa yang perlu dilakukan mengikut undang-undang walaupun ia mungkin memalukan dan menjejaskan parti.

2. Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi

Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.

3. Rakyat Malaysia diminta berwaspada ekoran keganasan di Haryana, India

Keganasan bermula pada Isnin apabila Vishwa Hindu Parishad (VHP) membuat perarakan di daerah Nuh di wilayah Mewat.

4. 4 cedera helikopter terhempas atas bangunan di Nigeria

Sebuah helikopter terhempas ke atas sebuah bangunan di daerah perniagaan di kawasan Ikeja di negeri Lagos pada Selasa.

5. 6 bank Itali jadi mangsa serangan siber

Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.

6. Vietnam rekod hampir 100 gempa bumi pada Julai

Data daripada Pusat Amaran Gempa Bumi dan Tsunami di bawah Institut Geofizik menunjukkan 93 gempa bumi berukuran antara 2.5 hingga 4.2 pada skala Richter.

7. Lebih 25,000 maut akibat keganasan senjata api di AS tahun ini

Lebih 25,000 orang maut di seluruh Amerika Syarikat (AS) akibat keganasan berkaitan senjata api tahun ini, menurut data pemantau pada Selasa.

8. Tengah Turki, Eritrea dilanda gempa bumi

Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah tengah Turki, Konya pada Selasa, lapor Xinhua memetik agensi bencana negara itu.

9. 5 maut, helikopter tentera udara Chile terhempas

Lima anggota Tentera Udara Chile terbunuh dalam nahas sebuah helikopter di selatan negara itu Isnin malam.

10. Taufan Doksuri: 20 terkorban, 19 hilang di China

Hujan lebat itu juga dilaporkan menenggelamkan jalan raya dan kawasan kejiranan dengan banjir lumpur.