SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata untuk kebaikan negara, kerajaan akan melaksanakan apa yang perlu dilakukan mengikut undang-undang walaupun ia mungkin memalukan dan menjejaskan parti dari segi politik.
Lee berkata demikian dalam satu kenyataan di Parlimen mengenai siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) yang melibatkan Menteri S. Iswaran dan peletakan jawatan Speaker Tan Chuan-Jin dan Ahli Parlimen (MP) Cheng Li Hui.
"Saya tidak gentar atau teragak-agak untuk menjalankan tugas saya, untuk memastikan sistem kami teguh dan bersih. Ini adalah caranya bagi Kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) untuk terus layak mendapat kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Singapura kepada kami," katanya.
Lee berkata berdasarkan siasatan dan peletakan jawatan itu, "PAP terjejas, namun kami akan membuktikan kepada rakyat Singapura bahawa kami akan menegakkan standard dan melakukan perkara yang betul supaya kepercayaan dapat dikekalkan dan sistem Singapura terus berfungsi dengan baik."
"Ini adalah pendekatan saya dan saya yakin ia akan menjadi pendekatan pengganti saya juga. Inilah cara kami untuk memastikan Singapura selamat, kuat dan makmur untuk tahun-tahun mendatang," kata Lee.
Mengenai siasatan CPIB yang melibatkan Iswaran, Lee berkata: "penyiasatan masih diteruskan."
"Saya tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kes itu supaya tidak menjejaskan siasatan dalam apa cara sekalipun. Saya meminta Ahli-ahli Dewan ini dan orang ramai supaya mengelak daripada sebarang spekulasi dan sangkaan.
"Kita perlu membenarkan CPIB melakukan tugasnya menyiasat perkara itu sepenuhnya, teliti dan bebas. Apabila siasatan selesai, CPIB akan menyerahkan hasil siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara yang akan memutuskan tindakan seterusnya.
"Apa pun hasilnya, tindakan akan ambil. Itulah cara kami," katanya.
Lee pada awal Julai mengarahkan menteri berkenaan bercuti sehingga siasatan selesai.
Selain itu, Lee turut memaklumkan kepada Dewan beliau kemudiannya melarang menteri itu bertugas, dengan pengurangan gaji sebanyak $8,500 sebulan, sehingga diberitahu kelak.
Sementara itu, Seah Kian Peng, Ahli Parlimen Kawasan Perwakilan Kumpulan Marine Parade, mengangkat sumpah hari ini sebagai Speaker ke-11 republik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Mengenai siasatan CPIB yang melibatkan Iswaran, Lee berkata: "penyiasatan masih diteruskan." - Gambar fail/REUTERS

Abby Abadi ditipu scammer, rugi RM18,500
Abby Abadi berputih mata apabila wang RM18,500 lesap begitu sahaja selepas ditipu skim pelaburan atas talian.

Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.
Polis tak buat SJR di selekoh, selepas bukit
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota ketika menjalankan SJR.
Tiada caruman PERKESO, KSM akan ambil tindakan kepada majikan
: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, pihaknya menerusi PERKESO akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing tersebut.
[TERKINI] Malaysia amat bimbang hasrat Israel tubuh secara sepihak 'zon selamat'
Malaysia menolak pemindahan rakyat Palestin secara paksa yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

MAHB dijangka raih hasil lebih kukuh susulan pembukaan semula ruangan runcit KLIA
Perjanjian kemasukan tanpa visa antara China dan Malaysia mulai 1 Disember 2023 juga satu rangsangan positif.
Dasar Gaji Progresif bukan acuan mana-mana negara - Rafizi
"Kalau pun ada acuan yang sama ialah perkara ini tidak boleh diserahkan kepada pasaran untuk diperbetulkan. Ia memerlukan campur tangan kerajaan melalui dasar dan insentif," jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Prabowo Subianto berlepas ke Malaysia untuk bertemu Anwar
Prabowo dijadualkan pulang ke Jakarta lewat Khamis tanpa memberikan butiran lanjut mengenai tujuan lawatan itu.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.

Penduduk kampung di Gua Musang dakwa dengar ngauman harimau
Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa.

PM Singapura beri jaminan kerajaan akan bertindak walaupun jejaskan parti
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata untuk kebaikan negara, kerajaan akan melaksanakan apa yang perlu dilakukan mengikut undang-undang walaupun ia mungkin memalukan dan menjejaskan parti

Dua Ahli Parlimen Singapura teruskan 'hubungan tidak sesuai' - PM Lee Hsien Loong
Peletakan jawatan Tan Chuan-Jin dan Cheng Li Hui perlu bagi mengekalkan standard kewajaran dan kelakuan peribadi yang tinggi.

Polis tahan lelaki disyaki terlibat hasut keganasan terhadap PM Singapura
Menurut SPF, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keganasan di Singapura.

PM Singapura Lee Hsien Loong lengkapkan regimen penuh vaksinasi COVID-19
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima dos kedua vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech, di Hospital Besar Singapura. "Dengan ini, saya telah melengkapkan regimen penuh vaksin

Data peribadi PM Singapura digodam
"Penyerang menyasarkan data perubatan peribadi saya, secara khusus dan berulang kali," kata Lee Hsien Loong.

PM Singapura umum akan rombak Kabinet beberapa bulan lagi
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan akan merombak barisan Kabinetnya dalam beberapa bulan akan datang bagi memberi peluang kepada pemimpin generasi muda.