awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 maut, helikopter tentera udara Chile terhempas

Bernama
Bernama
02/08/2023
03:59 MYT
5 maut, helikopter tentera udara Chile terhempas
Semua kru Tentera Udara Chile itu maut di tempat kejadian.- Gambar hiasan/Flicker
SANTIAGO: Lima anggota Tentera Udara Chile terbunuh dalam nahas sebuah helikopter di selatan negara itu Isnin malam, lapor Xinhua, memetik Tentera Udara pada Selasa.
Sebuah helikopter Bell 412 terhempas di wilayah Los Lagos dengan punca kejadian sedang disiasat, menurut Tentera Udara dalam satu kenyataan.
Pesawat itu sedang menjalankan misi latihan penerbangan malam dengan lima kru termasuk dua juruterbang, dua anggota kru udara dan seorang paratrooper penyelamat dan semua kru maut di tempat kejadian.
Tentera Udara Chile turut menyediakan bantuan dan sokongan kepada keluarga anggota tentera yang maut dalam kemalangan itu.
Presiden Chile Gabriel Boric berkabung atas kematian anggota tentera udara dalam mesej yang disiarkan di televisyen dan Dewan Timbalan turut bertafakur kira-kira seminit sebelum memulakan sesi dewan pada hari Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Chile
#Los Lagos
#anggota tentera terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan