ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Ogos 2023.

1. Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan

Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard.

2. Perbicaraan kes Trump cuba batalkan keputusan pilihan raya didengar di Washington mulai Isnin

Perbicaraan akan datang kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung dakwaan cuba membatalkan keputusan pilihan raya presiden 2020 dijadualkan di Washington pada Isnin.

3. Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan

Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.

4. Air sisa nuklear: Majlis Pengguna Thailand gesa makanan laut dari Jepun dikaji

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand (FDA) dan Jabatan Perikanan negara itu diminta membuat pemeriksaan teliti ke atas semua makanan laut yang diimport dari Jepun.

5. Honduras tahan Datuk Bandar kerana aktiviti edar dadah

Datuk Bandar Brus Laguna itu didakwa mengatur pengangkutan kira-kira 30 tan kokain dengan bot dan kapal terbang.

6. Rusia musnahkan 2 dron Ukraine di wilayah Bryansk

Dua dron Ukraine ditembak jatuh di wilayah Bryansk pada Isnin malam, lapor Sptunik memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.

7. Pihak berkuasa Niger potong bekalan elektrik, air ke Kedutaan Perancis

Pentadbiran tentera Niger memotong bekalan air dan elektrik ke kedutaan Perancis di Niamey, selain tidak membenarkan khidmat penghantaran makanan ke premis berkenaan.

8. Korea Utara buka semula sempadan kerana masalah ekonomi - Seoul

Disebabkan penutupan sempadan, Korea Utara dipercayai menghadapi pelbagai kesukaran ekonomi, termasuk pertukaran kakitangan yang disekat.

9. Hong Kong tumpu perhatian terhadap ancaman pelepasan sisa air radioaktif Jepun

Kerajaan HKSAR sudahpun melarang import semua produk akuatik dari 10 wilayah di Jepun.

10. India kenakan 20 peratus duti eksport ke atas beras rebus

Arahan itu bertujuan untuk menyemak kenaikan harga serta memastikan bekalan dalam negara mencukupi.