awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2023
15:56 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Ogos 2023.
1. Taufan Super Saola jejas hampir 200,000 penduduk di Filipina
Saola membanjiri 193 kawasan dan mencetuskan 12 tanah runtuh di Luzon dan tengah Filipina, dengan lebih 35,000 penduduk dipindahkan.
2. India bantah 'peta standard' baharu China
Pertikaian itu berlaku beberapa hari sebelum Presiden China Xi Jinping dijangka ke New Delhi untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.
3. Empat maut, 48 hilang dalam ribut di Sichuan
Ribut mencetuskan banjir kilat di tapak pembinaan di lebuh raya.
4. 93 dipercayai kubur bayi, kanak-kanak ditemukan di Kanada
Sekolah itu diasaskan pada tahun 1860 dan beroperasi selama lebih 100 tahun, menurut University of Regina.
5. India benar eksport beras ke Singapura
India akan membenarkan eksport beras ke Singapura walaupun terdapat larangan terhadap perdagangan beberapa varieti bagi mengawal harga domestik.
6. Tentera Gabon umum rampas kuasa
Tindakan itu dibuat sejurus selepas Pusat Pilihan Raya Gabon (CGE) mengesahkan penyandang Presiden Ali Bongo secara rasmi memenangi penggal ketiga dengan 64.27 peratus undi.
7. Platform X benarkan semula iklan politik
Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.
8. Bandar raya New York benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadan
Mengikut peraturan baharu itu, masjid boleh menyiarkan laungan azan setiap Jumaat antara 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, serta sebelum berbuka puasa, setiap petang pada Ramadan.
9. Taufan Idalia memaksa pemindahan, pembatalan penerbangan di Florida
Ribut Tropika Idalia bertambah kuat dan bertukar taufan Kategori 2 pada petang Selasa.
10. Ketua Wagner Prigozhin disemadikan secara tertutup di St Petersburg
Atas permintaan keluarga Prigozhin, hanya ahli keluarga dan rakan rapatnya dijemput untuk menghadiri upacara itu.
Topic Berkaitan
#New Delhi
#Singapura
#Xi Jinping
#Wagner
#Yevgeny Prigozhin
#New York
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan