awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Gabon umum rampas kuasa

Bernama
Bernama
30/08/2023
06:27 MYT
Tentera Gabon umum rampas kuasa
Tindakan itu dibuat sejurus selepas Pusat Pilihan Raya Gabon (CGE) mengesahkan penyandang Presiden Ali Bongo (foto) secara rasmi memenangi penggal ketiga dengan 64.27 peratus undi. -Gambar fail/Bernama
DOUALA: Sekumpulan pegawai kanan tentera Gabon muncul di televisyen nasional pada Rabu dan mengumumkan mereka telah merampas kuasa.
Tindakan itu dibuat sejurus selepas Pusat Pilihan Raya Gabon (CGE) mengesahkan penyandang Presiden Ali Bongo secara rasmi memenangi penggal ketiga dengan 64.27 peratus undi, lapor Agensi Anadolu.
"Hari ini, 30 Ogos 2023, kami pasukan pertahanan dan keselamatan yang bersatu di bawah Jawatankuasa Peralihan dan Pemulihan Institusi (CTRI), bagi pihak rakyat Gabon dan sebagai penjamin perlindungan institusi telah memutuskan untuk mempertahankan keamanan dengan menamatkan pemerintahan sekarang," kata seorang jurucakap.
Beliau mengisytiharkan pilihan raya umum 26 Ogos dibatalkan, penutupan semua sempadan sehingga diberitahu kelak dan pembubaran semua institusi di republik itu.
Keputusan pilihan raya disytiharkan terbatal dan tidak sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabon
#rampasan kuasa
#Junta
#Presiden Ali Bongo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan