ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Oktober 2023.


1. Megawati bertemu Anwar bincang mengenai ibu negara Nusantara

Bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pada Selasa, untuk membincangkan pembangunan projek Nusantara, ibu negara Indonesia, lapor Agensi Berita ANTARA.



2. Letupan di kilang penapisan minyak haram di Nigeria ragut 37 nyawa

Letupan di kilang penapisan minyak haram di wilayah Delta Niger mengorbankan sekurang-kurangnya 37 nyawa pada Selasa.


3. New Zealand siap sedia adakan pilihan raya umum di tengah risiko kemelesetan ekonomi

New Zealand sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum pada 14 Okt, menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi berdaftar memilih 120 Ahli Parlimen.


4. Jerebu: Indonesia jangan nafi, lebih 2,000 titik panas dikesan di Kalimantan - Dr Hazland

Kerajaan Indonesia tidak harus menafikan dakwaan bahawa jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di negara berkenaan.


5. Gempa bumi 6.2 magnitud landa utara Filipina

Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah Cagayan di utara Filipina pagi Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.


6. Wabak pepijat di Perancis ibarat 'neraka' - Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau pada Selasa meminta masyarakat supaya bertenang susulan wabak pepijat yang melanda Perancis, khususnya di Paris.


7. Angka korban kebakaran majlis perkahwinan di Iraq meningkat kepada 119

Angka kematian akibat kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Wilayah Nineveh Iraq meningkat kepada 119 selepas lebih 20 orang maut akibat melecur teruk, Sputnik memetik laporan agensi berita Iraq Shafaq News pada Selasa.


8. Peru lanjutkan tempoh darurat akibat cuaca ekstrem

Peru memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama 60 hari di kebanyakan kawasan berikutan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh El Nino dan hujan bermusim, Xinhua memetik warta kerajaan El Peruano pada Selasa.


9. Insiden Siam Paragon: Suspek tidak makan ubat mental, keliru disoal siasat - Polis

Remaja 14 tahun yang ditahan selepas insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand semalam dikatakan terlalu ‘keliru’ untuk disoal siasat.


10. Insiden Siam Paragon: PM Thailand ikrar langkah keselamatan tertinggi untuk pelancong

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berjanji akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi bagi memastikan keselamatan pelancong asing susulan insiden tragis dua individu maut dalam insiden tembakan di Pusat Beli-belah Siam Paragon, Bangkok, pada Selasa.