PARIS: Menteri Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau pada Selasa meminta masyarakat supaya bertenang susulan wabak pepijat yang melanda Perancis, khususnya di Paris.

"Tiada alasan untuk panik, Kita tidak diserang pepijat," kata Rousseau kepada penyiar France Inter.

Bagaimanapun, Rousseau mengakui bahawa serangan serangga penghisap darah itu ibarat "neraka".

Foto dan video menunjukkan penemuan pepijat di pawagam, kereta api dan di metro Paris, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pengendali pengangkutan awam Paris RATP melaporkan, tiada kes penemuan pepijat yang disahkan dalam perkhidmatannya baru-baru ini.

Perkara itu akan dibangkitkan di Parlimen oleh parti Renaissance pimpinan Presiden Emmanuel Macron yang dilaporkan sedang mengusahakan draf undang-undang pencegahan.

Parti sayap kiri La France Insoumise (LFI) menuduh kerajaan gagal bertindak.

-- BERNAMA