ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Oktober 2023.


1. Gaza: Maghribi bimbang tindakan ketenteraan, kutuk serangan ke atas orang awam

Maghribi melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi yang semakin meruncing dan serangan terhadap orang awam berikutan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza.



2. Hong Kong tingkat amaran taufan, tutup sekolah, batal penerbangan

Balai Cerap Hong Kong mengeluarkan amaran taufan T8 yang dinaik taraf pada Ahad ketika Taufan Koinu semakin menghampiri wilayah itu.


3. Pelajar Kemboja maut dalam pertempuran Israel-Hamas

Seorang pelajar Kemboja adalah antara yang maut dalam pertempuran antara tentera Israel dan Hamas yang tercetus pada Sabtu, kata Unit Jurucakap Kerajaan Diraja dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.


4. Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang

Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu, kata jurucakap kerajaan Taliban kepada Agensi Berita Jerman (dpa) pada Ahad.


5. Sukarelawan Palestin di Hospital Indonesia di Gaza terbunuh serangan udara Israel

Satu serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu mengakibatkan kematian seorang sukarelawan Palestin bernama Abu Romzi, yang telah berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011.


6. Maldives, Sri Lanka, Pakistan sokong negara Palestin berdasarkan sempadan pra-1967

Maldives, Sri Lanka dan Pakistan telah memperbaharui sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin dalam sempadan sebelum 1967 ketika konflik Arab-Israel semakin meningkat.


7. Bapa suspek tembakan di Siam Paragon mohon maaf kepada ibu mangsa

Bapa kepada remaja lelaki bersenjata yang melakukan serangan di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, memohon maaf kepada ibu kepada seorang daripada mangsa yang terkorban dalam tragedi Selasa lalu.


8. Asap kebakaran berpotensi merebak, Jokowi gesa tindakan segera

Presiden Indonesia Joko Widodo memberi peringatan bahawa asap daripada kebakaran hutan dan tanah di negara itu berpotensi untuk tersebar secara meluas.


9. Serangan Israel di Gaza: PJS gesa campur tangan antarabangsa cari wartawan hilang

Palestinian Journalists Syndicate (PJS) menggesa Palang Merah Antarabangsa dan pertubuhan antarabangsa campur tangan dan membantu memastikan nasib dua wartawan Palestin, Nidal Al-Wahidi dan Haitham Abdelwahid, yang hilang semasa membuat liputan tentang serangan Israel ke atas Gaza.


10. 22,000 keluarga terjejas akibat banjir kilat di India

Lebih 22,000 keluarga terjejas akibat banjir kilat yang melanda negeri Sikkim di timur laut India.