awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2023
15:57 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Disember 2023.
1. 11 pendaki Gunung Marapi, Indonesia maut
Sejumlah 11 pendaki disahkan maut oleh anggota penyelamat Indonesia berikutan letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat petang semalam.
2. 47 pendaki terkandas di Gunung Marapi
Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.
3. Israel sambung operasi darat ke atas seluruh Semenanjung Gaza
Jurucakap tentera Zionis mengesahkan ia kini memulakan semula operasi darat memburu Hamas di seluruh Semenanjung Gaza.
4. Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Tentera Israel menembak dua ambulans di Semenanjung Gaza yang dikepung pada lewat Ahad menyebabkan tiga orang cedera.
5. Qatar gesa siasatan antarabangsa berkenaan 'jenayah Israel' di Gaza
Perdana Menteri Qatar memaklumkan negaranya menggesa "siasatan antarabangsa segera yang terperinci dan tidak berat sebelah" berkaitan apa yang disifatkan sebagai jenayah Israel ke atas Gaza.
6. Kekejaman Zionis: Pemimpin Muslim Amerika ikrar tolak Biden
Pemimpin Muslim di beberapa negeri penting berikrar untuk menentang usaha Presiden Joe Biden untuk kembali memimpin Amerika Syarikat kerana sokongannya terhadap Israel di Gaza.
7. Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas pengeboman maut di Misa Katolik di Filipina pada Ahad, yang mengorbankan empat nyawa dan cederakan 50 yang lain.
8. COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.
9. Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
10. Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Dua juruterbang Tentera Udara India terbunuh apabila pesawat latihan yang mereka naiki terhempas di selatan India pada Isnin.
Topic Berkaitan
#gunung marapi
#COP28
#berita antarabangsa
#pelancong Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan