ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
1. Israel mesti hentikan pencabulan undang-undang antarabangsa dan hak rakyat Palestin - Malaysia
Israel mesti terlebih dahulu berhenti daripada terus mencabuli undang-undang antarabangsa serta setiap elemen teras dalam hak rakyat Palestin untuk menubuhkan tanahair sendiri, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
2. Malaysia dan Mesir sepakat teruskan tekanan heret Israel ke badan perundangan antarabangsa
Malaysia dan Mesir sepakat untuk meneruskan tekanan serta desakan di peringkat global bagi mengheret Israel ke badan perundangan antarabangsa susulan kekejaman yang dilakukan rejim zionis ke atas rakyat Palestin.
3. 36 rakyat Malaysia cedera bas persiaran terbabas di Thailand
Seramai 36 pelancong Malaysia dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam nahas jalan raya di daerah Bo Phloi, Kanchanaburi, di barat Bangkok.
4. 'Selamat Datang ke Bulan' - Pendaratan kapal angkasa berjaya selepas 50 tahun
Sebuah kapal angkasa berjaya melakukan pendaratan pertama di permukaan bulan setelah lebih setengah abad ia dihentikan.
5. Malaysia setuju tingkat bantuan kewangan kepada UNRWA - PM
Malaysia akan meningkatkan bantuan kewangan kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) susulan tindakan beberapa negara besar menghentikan sumbangan mereka buat UNRWA.
6. Malaysia sedia kerjasama dengan PRCS Mesir termasuk tempatkan pakar perubatan - Mohamad
Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) di Mesir dalam segala aspek termasuk menempatkan pakar perubatan negara di Mesir.
7. Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Thailand memperkenal skim baharu untuk pelancong asing yang menyediakan bantuan awal dan kos perubatan sehingga 500,000 baht (RM66,660) sekiranya berlaku kemalangan, jenayah dan kecemasan lain, bagi meningkatkan keselamatan kepada pelawat selain memperkukuh sektor pelancongan negara.
8. Mesir batal projek restorasi piramid Menkaure selepas dikecam
AWAL bulan lalu, Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir mengumumkan perancangan membaik pulih piramid Menkaure yang terletak di Giza.
9. Singapura tegas tangani kes tawar khidmat perjalanan rentas sempadan secara haram
Pemandu warga asing dan kenderaan yang didaftarkan di negara lain perlu memiliki lesen yang sah sebelum dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan rentas sempadan, kata Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat.
10. PM Srettha bakal lawat tiga wilayah di selatan Thailand
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dijadual melawat tiga wilayah di selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat untuk mempromosikan pelancongan selain merangsang ekonomi tempatan.
Astro Awani
Fri Feb 23 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.