ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Februari 2024.
1. Malaysia, Kemboja akan nilai kemajuan kerjasama bilateral menerusi JCBC
Malaysia dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk mengkaji dan menilai kemajuan kerjasama bilateral kedua-dua negara dalam sektor penting menerusi Suruhanjaya Bersama untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC).
2. Tentera AS bakar diri di luar Kedutaan Israel di Washington meninggal dunia
Seorang anggota perkhidmatan tentera AS yang membakar dirinya sendiri di luar Kedutaan Israel di Washington pada petang Ahad (25 Feb) kerana membantah peperangan di Gaza dilapor meninggal dunia.
3. Presiden Joe Biden harap genjatan senjata di Gaza sebelum 4 Mac
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berharap gencatan senjata dapat dicapai menjelang minggu depan dalam usaha meredakan konflik antara Israel dan Hamas.
4. Puluhan jemaah solat Subuh maut dalam serangan di masjid di Burkina Faso
Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan di sebuah masjid pada hari yang sama ketika sebuah gereja diserang, kata pihak berkuasa di Burkina Faso.
5. AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Timur Tengah
Menurut Bloomberg, kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Timur Tengah.
6. Keluarga diraja Sepanyol lawat mangsa kebakaran Valencia
Keluarga diraja Sepanyol melawat mangsa-mangsa susulan insiden kebakaran besar Jumaat lepas di blok pangsapuri, bandar Valencia, yang membunuh 10 orang.
7. Kekejaman Zionis: Israel fail laporan kepada ICJ mengenai Gaza
Isarel memfailkan laporan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi keputusan sementara mahkamah dunia itu.
8. PDI-P rancang failkan kes di Mahkamah Perlembagaan
Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) mahu siasatan legislatif dijalankan berhubung dakwaan berlaku pelanggaran pada Pemilihan Presiden Indonesia, baru-baru ini.
9. Sasterawan Singapura Suratman Markasan meninggal dunia
Sasterawan Singapura, Suratman Markasan, yang merupakan pemegang Anugerah Tun Seri Lanang, meninggal dunia pada Selasa di Singapura pada usia 93 tahun.
10. Malaysia ulangi gesaan gencatan senjata segera dan berkekalan di Gaza
Malaysia mengulangi gesaan terhadap gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta menegaskan Israel mesti bertanggungjawab atas pertumpahan darah yang tidak berkesudahan dan kemusnahan di Gaza.
Astro Awani
Tue Feb 27 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.