ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Mac 2024.


1. Lebih 100 maut, 750 cedera di Gaza ketika dapatkan bantuan makanan

Lebih daripada 100 rakyat Palestin terbunuh manakala 700 yang lain cedera susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di Kota Gaza pada Khamis.



2. Dunia kutuk serangan Israel ke atas penduduk tunggu bantuan kemanusiaan

Serangan terbaharu Israel yang menyasarkan orang awam Palestin semalam sekali lagi mencetuskan kemarahan dan kecaman hebat dunia.


3. Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza

Amnesty International pada Khamis menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.


4. 43 maut, puluhan cedera dalam kebakaran bangunan di Dhaka

Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam tragedi sebuah bangunan bertingkat terbakar, di sini, sekitar pukul 10 malam waktu tempatan.


5. Pasukan penyiasat tunggu bukti Israel berhubung dakwaan ke atas UNRWA

Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka akan terima bukti daripada Israel berkaitan dakwaan kakitangan Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA) terlibat dalam serangan pada 7 Oktober tahun lalu.


6. Spesies anakonda hijau baharu ditemui di Amazon

Spesies anakonda hijau baharu telah dikenal pasti di Amazon dalam ekspedisi di Amazon Ecuador semasa penggambaran siri 'Pole to Pole' bersama selebriti Hollywood, Will Smith.


7. Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam

Ribuan tapak sulaiman atau bintang laut terdampar di pantai Kent, United Kingdom (UK), yang sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai amaran bencana alam berkemungkinan terjadi di daerah itu, lapor Sky News.


8. Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO

Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990 dan meningkat empat kali ganda dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (5 hingga 19 tahun) di seluruh dunia.


9. Konjunktivitis: Malawi larang penduduk bersalaman

Kementerian Kesihatan Malawi pada Khamis mengarahkan orang ramai untuk berhenti bersalaman bagi mengelak penularan konjunktivitis.


10. China akan lancar dua kapal angkasa bermanusia Shenzhou tahun ini

China akan terus memperjuangkan matlamat mengharumkan nama negara di persada dunia melalui pelaksanaan dua misi utama projek angkasa lepas bagi tahun 2024.