ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Mac 2024.


1. Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara

Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra melawat kampung halamannya di utara negara itu ketika membuat penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.



2. AS bawa resolusi AI ke PBB

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengemukakan resolusi mengenai kecerdasan buatan (AI) yang akan dibincangkan oleh Perhimpunan Agung badan dunia itu akhir bulan ini.


3. 14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam

Seramai 14 anggota Tentera Laut Diraja Thailand mengalami kecederaan apabila tembakan meriam dari kapal tentera laut, HTMS Chonburi mengenai bahagian belakang kapal HTMS Khirirat di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri.


4. Presiden Palestin lantik Mohammad Mustafa bentuk kerajaan baharu

Presiden Palestin Mahmoud Abbas melantik Mohammad Mustafa sebagai Perdana Menteri pada Khamis dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan baharu.


5. Rel China-Laos catat aliran penumpang seramai 30.2 juta

Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan aliran penumpang seramai 30.2 juta setakat 12 Mac, menurut China Railway.


6. Empat aset di Palestin hasil sumbangan menerusi MCM bernilai RM7.5 juta musnah

Empat kemudahan atau aset yang dibina hasil sumbangan orang ramai melalui Muslim Care Malaysia (MCM) bernilai RM7.5 juta musnah akibat peperangan di Palestin sejak konflik Israel-Palestin tercetus 7 Okt lepas.


7. Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas

Para saintis di Antartika memberi amaran tentang penyebaran virus selesema burung H5N1 yang boleh membawa maut.


8. Percubaan ketiga Starship ke angkasa berjaya

Percubaan ketiga SpaceX untuk melancarkan kapal angkasa Starship ke angkasa berjaya dilakukan malam tadi.


9. Ramai rakyat Rusia masih setia kepada Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu.


10. Ribut salji landa Colorado

Ribut salji melanda Colorado menyebabkan penerbangan dibatalkan serta lebuh raya yang menghubungkan bandar Denver dengan Colorado Ski Resorts ditutup pada Khamis.