BEIJING: Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan aliran penumpang seramai 30.2 juta setakat 12 Mac, menurut China Railway.
Jumlah hantaran kargo yang dikendalikan menerusi rel itu pula mencatat 34.24 juta tan, antaranya lebih 7.8 juta tan adalah secara rentas sempadan.
Di segmen China, jumlah tren penumpang yang beroperasi setiap hari meningkat kepada 51 secara purata berbanding 35 pada peringkat awal, dengan hantaran penumpang harian mencatat sehingga 103,000.
Sementara itu, di segmen Laos, tren berkenaan bertambah daripada empat kepada 12, menyaksikan paras tertinggi aliran penumpang seramai 12,808 orang sehari.
Sejak 13 April 2023, rel China-Laos memperkenalkan perkhidmatan penumpang antarabangsa sekali gus memendekkan perjalanan di antara Kunming dan Vientiane kepada sehari.
Setakat ini, sebanyak 155,000 perjalanan melibatkan pengembara dari 87 buah negara dan wilayah dikendalikan melalui perkhidmatan berkenaan.
Menerusi mod pengangkutan baharu yang menggabungkan rel China-Laos dan rel kargo China-Eropah, masa penghantaran kargo di antara negara Asia Tenggara seperti Laos dan Thailand dengan negara-negara Eropah dipendekkan kepada 15 hari.
Barangan kargo yang dikendalikan melalui perkhidmatan rel China-Laos juga semakin bertambah, menyaksikan kategorinya meningkat kepada 2,900 jenis merangkumi elektronik, fotovolta, komunikasi dan automobil, berbanding hanya 10 jenis pada awal pembukaan.
Sementara itu, kos logistik Vientiane-Kunming turut menurun sebanyak 40 hingga 50 peratus berbanding tempoh sebelum rel berkenaan beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Sejak 13 April 2023, rel China-Laos memperkenalkan perkhidmatan penumpang antarabangsa sekali gus memendekkan perjalanan di antara Kunming dan Vientiane kepada sehari. - Foto FB CREC
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat pasport lawat keluarga yang sakit di Australia
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu susulan permohonan peguam bela Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad.
Nasib Ten Hag selepas final Piala FA
Manchester United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini.
Mentaliti FOMO, YOLO jerat belia jatuh bankrap
Antara lain tambah Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mohammd Mafrukhin Mokhtar penyebab belia cenderung berbelanja di luar kemampuan adalah disebabkan faktor tekanan.
Persediaan sambut jemaah pertama Malaysia di Madinah
Pelbagai program diatur untuk kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Madinah pada 9 Mei ini. Antaranya ditempatkan di tiga buah hotel mengikut zon selain rancangan untuk ziarah luar di beberapa lokasi terpilih.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Rel China-Laos catat aliran penumpang seramai 30.2 juta
Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan aliran penumpang seramai 30.2 juta setakat 12 Mac.
Perkhidmatan kereta api China-Laos kendali lebih 10 juta penumpang setakat 31 Januari
Kereta api itu menyediakan perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang untuk seksyen China dengan jumlah penumpang harian 65,000 orang.