ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Mac 2024.


1. Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura

Ramai orang turun ke jalan raya hari ini berikutan beberapa jalan di sepanjang Daerah Sivik Singapura dan Daerah Pusat Perniagaan (CBD) ditutup kepada lalu lintas untuk Hari Ahad Bebas Kereta, yang kembali dilaksanakan selepas empat tahun dihentikan.



2. Resolusi perangi Islamofobia di PBB diterima selepas dapat sokongan majoriti

Resolusi yang dibawa Pakistan bagi memerangai Islamofobia diterima Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas mendapat sokongan majoriti.


3. Tentera Laut India tahan 35 lanun, selamatkan 17 kru kapal kargo

Tentera Laut India berjaya menyelamatkan 17 kru kapal kargo pukal MV Ruen dan menahan kesemua 35 lanun yang merampas kapal itu.


4. SpaceX milik Elon Musk bina rangkaian satelit pengintip untuk agensi perisikan AS, lapor Reuters

SpaceX sedang membina rangkaian ratusan satelit pengintip di bawah kontrak sulit dengan agensi perisikan Amerika Syarikat (AS), kata lima sumber yang rapat dengan program itu kepada Reuters.


5. Celine Dion menanti masa untuk kembali beraksi

BINTANG mega pop dunia, Celine Dion yang mengalami gangguan saraf iaitu sesuatu yang jarang berlaku berkongsi hasrat dan keinginannya untuk menghiburkan peminat-peminatnya.


6. Penduduk Mexico tidur beramai-ramai rai Hari Tidur Sedunia

Penduduk Mexico berbaring di atas tilam dan bantal untuk tidur siang beramai-ramai di bawah bayang-bayang Monumen Revolusi yang ikonik di bandar Mexico bagi meraikan Hari Tidur Sedunia pada Jumaat lalu.


7. 90,000 jemaah Palestin solat tarawih di Al-Aqsa walaupun dihalang Israel

Seramai 90,000 umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, pada Jumaat walaupun berdepan sekatan Israel.


8. 21 maut, 70 cedera akibat serangan peluru berpandu balistik Rusia

Seramai 21 orang maut manakala lebih 70 orang cedera akibat serangan peluru berpandu balistik Rusia di sebuah kawasan perumahan di bandar pelabuhan Laut Hitam Ukraine, Odesa, pada Jumaat.


9. Doktor Tanpa Sempadan kongsi keadaan malapetaka di Semenanjung Gaza

Semenanjung Gaza dilanda malapetaka dan tiada perkataan yang dapat menggambarkannya, menurut seorang jururawat Doktor Tanpa Semapadan (MSF) yang berkhidmat di utara Gaza.


10. Lima cedera dalam serangan perusuh di Gujarat University India

Sekumpulan perusuh menyerang sebuah asrama pelajar antarabangsa di Gujarat Universiti Ahmedabad pada Sabtu malam dan mengakibatkan lima pelajar tercedera.