awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2024
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
1. 14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara
Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.
2. Bantuan masuk ke Gaza merosot 67 peratus sejak serangan ke atas Rafah - PBB
Jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza telah berkurangan sebanyak 67 peratus sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya di Rafah pada 7 Mei, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) .
3. Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Israel tanpa henti melanggar arahan antarabangsa, dan tidak mengendahkan gesaan dunia.
4. White House usaha pelan gencatan senjata baharu
White House mengesahkan sedang mengusahakan pelan baharu untuk menguatkuasakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
5. Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengundang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji pada tahun ini, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).
6. Tiada bukti sabotaj dalam nahas helikoper Presiden Iran - Penyiasat tentera
Penyiasat tentera Iran tidak menemukan bukti mengenai sebarang letupan yang disebabkan oleh sabotaj atau serangan siber dalam nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya bulan ini.
7. China sedia rapatkan hubungan dengan negara Arab
China komited bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk membina hubungan China-Arab sebagai penanda dalam memelihara keamanan dan kestabilan dunia, kata Presiden China Xi Jinping.
8. Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu tidak dikenali maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, lapor United Press International (UPI).
9. Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, penduduk dinasihat berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, 1.04 tengah hari Waktu Indonesia Barat, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
10. India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
New Delhi mencatat rekod suhu panas terbaharu pada Rabu apabila mencapai suhu 52.3 darjah Celsius.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#White House
#berita pilihan
#antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan