INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.
Polis Indonesia memulakan siasatan berikutan ancaman yang diterima wartawan majalah berita "Tempo", Francisca Christy Rosana atau lebih dikenali sebagai Cica.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melucutkan lebih 530,000 migran daripada status sah sementara dan jika inisiatif itu diluluskan, program tinggal sementara mereka di negara itu akan tamat pada 24 April, lapor NBC yang memetik satu dokumen, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.
Penduduk Paris dijemput mengundi pada Ahad untuk menentukan sama ada zon bebas kenderaan akan diwujudkan di kawasan itu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Sabtu (22 Mac).
Paus Francis akan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad selepas lebih lima minggu menerima rawatan, menurut doktor.
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu yang ditahan, dengan tegas menolak semua dakwaan terhadapnya ketika protes berhubung siasatan ke atas ahli politik itu terus berlanjutan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
SEORANG bapa di Meerut, India, mendesak hukuman mati dijatuhkan terhadap anak perempuannya selepas wanita itu mengaku membunuh suaminya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam tong yang dipenuhi simen.
Insiden tembakan di sebuah taman awam di New Mexico, Amerika Syarikat pada malam Jumaat mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut dan 14 lagi cedera, lapor Xinhua.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami