Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Mac 2025.
Kebakaran hutan yang didorong angin kencang di wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang dan mencederakan 30 yang lain.
Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, tiba di Istana Presiden di ibu negara lewat Rabu dan mengisytiharkan Khartoum sebagai "bebas" susulan pengusiran pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
Hyundai Motor Group, syarikat gergasi automotif dari Korea Selatan yang dikendalikan oleh jutawan Euisun Chung, mengumumkan pelan pelaburan bernilai AS$21 bilion di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memperkukuh operasi pembuatan.
Tesla umum akan mula menjual kenderaan elektrik (EV) di Arab Saudi bulan depan.
Donald Trump berkata, Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai “bentuk perjanjian” untuk mengekalkan akses kepada TikTok di negara itu.
Majlis Perbandaran Istanbul, yang dikendalikan pembangkang, memilih seorang Datuk Bandar interim pada Rabu bagi mentadbir bandar itu.
Presiden Bolivia, Luis Arce mengisytiharkan darurat negara pada Rabu susulan hujan lebat dan banjir teruk di negara itu.
Donald Trump mengumumkan cukai perdagangan baharu sebanyak 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke Amerika Syarikat (AS).
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di China mengalami kemalangan ngeri apabila dia terjatuh ketika makan gula-gula bertangkai, menyebabkan batang tersebut menembusi mulut sehingga ke pangkal tengkorak dan otaknya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


