Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 April 2025.
Presiden China Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia bermula Selasa ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlepas ke Bangkok, Thailand minggu ini bagi menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawat Paetongtarn Shinawatra bagi membincangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan usaha membersih dan mendalamkan Sungai Golok.
Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan pada Isnin membuka pendaftaran selama dua hari untuk calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti konservatif itu untuk menamakan calonnya bagi Pilihan Raya Presiden pada 3 Jun.
Kadar tarif ke atas import semikonduktor akan diumumkan dalam tempoh seminggu, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Isnin menghadiri perbicaraan jenayah pertamanya atas tuduhan pemberontakan berkaitan percubaannya untuk melaksanakan undang-undang tentera pada Disember lepas.
China mula menggantung eksport unsur nadi bumi (REE) dan magnet dengan unsur nadi bumi minggu ini selepas arahan diberikan kerajaan.
ASEAN mengamalkan pendekatan mengangkat kedudukan ekonomi serantau bagi pertumbuhan ekonomi yang selesa kepada semua demi keamanan dan kemakmuran rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan seorang kanak-kanak maut selepas rawatan perubatan terganggu akibat serangan di Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza yang kini terpaksa dihentikan operasinya.
Indonesia sedang membuat persiapan untuk mengadakan rundingan peringkat tinggi dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) pada penghujung bulan ini bagi membincangkan kadar tarif baharu yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada 2 April lalu serta memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.
Singapura bertindak menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya dalam julat 0.0-2.0 peratus bagi 2025 susulan impak pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi dan perdagangan global selain prestasi suku pertama republik itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


