DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 April 2025.
1. Pope Francis, 88, meninggal dunia
Gereja Katolik Roman mengesahkan bahawa Pope Francis, 88, meninggal dunia di kediaman rasmi beliau, Casa Santa Marta di Vatican City.
2. Apa akan berlaku selepas Pope meninggal dunia?
Gereja Katolik Roma akan memulakan siri upacara terperinci bagi menandakan tamatnya kepimpinan pope dan akan digantikan dengan yang baharu.
3. TPM Zahid kunjungi Gibran, perkukuh diplomasi serumpun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan rasmi bersama Naib Presiden Indonesia , Gibran Rakabuming Raka, di Istana Wakil Presiden, Jakarta.
4. Kecuaian juruterbang punca KA-1 gugur pod senjata, tangki bahan api - Tentera Udara Korea Selatan
Kecuaian juruterbang dikenal pasti sebagai punca insiden sebuah pesawat ringan KA-1 menggugurkan dua pod senjata dan tangki bahan api kosong minggu lepas, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan rasmi tentera udara Korea Selatan.
5. Israel batal visa 27 Ahli Parlimen Perancis selepas Presiden Macron umum bakal iktiraf Palestin
Kerajaan Israel membatalkan visa untuk 27 Ahli Parlimen dan pegawai tempatan berhaluan kiri dari Perancis, hanya dua hari sebelum mereka dijadual memulakan lawatan rasmi ke Israel dan wilayah Palestin pada Ahad.
6. Bekas ketua Parti Demokratik mendahului saingan Pilihan Raya Presiden Korea Selatan - Tinjauan
Bekas pemimpin Parti Demokratik (DP) Korea Selatan, Lee Jae Myung memperkukuh kedudukannya sebagai calon pilihan utama dalam Pilihan Raya Presiden negara itu yang dijadual berlangsung pada 3 Jun.
7. Dunia ambil serius dasar tarif AS, terima reaksi pemimpin luar – Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, pemimpin dunia dan tokoh korporat telah menghubungi beliau susulan pengumuman tarif baharu oleh pentadbirannya.
8. DHL gantung penghantaran bernilai tinggi kepada pelanggan AS susulan peraturan tarif Trump
Syarikat kurier antarabangsa DHL menggantung penghantaran bungkusan bernilai melebihi US$800 kepada pelanggan persendirian di Amerika Syarikat (AS), susulan peraturan kastam baharu yang diperkenalkan di bawah dasar tarif Presiden Donald Trump.
9. Zelensky cadang gencatan senjata terhadap infrastruktur awam selama 30 hari
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad mencadangkan gencatan senjata selama 30 hari terhadap infrastruktur awam, dengan kemungkinan dilanjutkan sekiranya gencatan senjata sepenuhnya dapat dipatuhi.
10. 12 maut, 30 cedera serangan udara AS ke atas Yaman
Seramai 12 orang terbunuh manakala 30 lagi cedera selepas serangan Udara Amerika Syarikat (AS) di sebuah pasar di kawasan kejiranan Farwah di ibu negara Yaman, Sanaa.