INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Mei 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berpotensi memainkan peranan penting dalam usaha menamatkan konflik di Gaza, kata seorang pemimpin kanan Hamas yang turut mengesahkan bahawa kumpulan itu telah menyatakan kesediaan kepada AS untuk menyerahkan pentadbiran Gaza.
Singapore Airlines (SIA) melaporkan keuntungan bersih tahunan tertinggi dalam sejarah syarikat itu, berjumlah S$2.78 bilion (kira-kira RM9.2 bilion) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.
Tentera Israel telah memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi di Yaman selepas beberapa kawasan di Israel mengaktifkan sistem amaran.
Hospital Eropah Gaza, kemudahan terakhir yang menyediakan rawatan kanser di Semenanjung Gaza, kini tidak beroperasi selepas serangan Israel, menurut badan amal perubatan antarabangsa Doktor Tanpa Sempadan (MSF).
Rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi global dan landskap perdagangan, kata Menteri Perdagangan Korea Selatan Inkyo Cheong.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio berkata pada Khamis bahawa Syria yang aman dan stabil "akan menjadi antara perubahan paling ketara di rantau ini sejak sekian lama," sekali gus menzahirkan sokongan Washington terhadap kepimpinan baharu negara itu di bawah Presiden Ahmad al-Sharaa.
Hari pertama rundingan damai baharu antara Rusia dan Ukraine di Istanbul pada Khamis berakhir di Istanbul, menandakan hubungan langsung peringkat tertinggi sejak 2022, dengan Turkiye dan Amerika Syarikat (AS) turut terlibat dan diiringi optimisme berhati-hati.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan melabur US$1.4 trilion di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sedekad akan datang, umum Presiden Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan pada Khamis semasa perbincangan dengan Presiden Donald Trump di Qasr Al Watan, Abu Dhabi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen Malaysia terhadap kesepaduan ASEAN dan penglibatan konstruktif dengan rakan serantau, termasuk Kemboja, di tengah cabaran geopolitik kompleks dan kebimbangan meningkat mengenai penindasan rentas sempadan.
Penganjur himpunan pro Palestin menyeru rakyat Malaysia agar meneruskan kempen boikot ke atas beberapa syarikat yang didakwa membantu rejim Israel melakukan jenayah perang ke atas warga Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami