DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Jun 2025.
1. Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
Perbicaraan baharu berkaitan kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, akan diadakan di luar Buenos Aires.
2. IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan meneruskan pemeriksaan di Iran mengikut Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan, kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi.
3. 34 lagi warga Palestin terbunuh dalam dua serangan besar Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 34 warga Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam dua serangan besar oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza tengah awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.
4. Rusia beri amaran keras kepada AS jangan campur tangan konflik Israel-Iran
Rusia mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak memberikan bantuan ketenteraan secara langsung kepada Israel dalam perang yang sedang berlangsung dengan Iran, kerana tindakan itu disifatkan mampu menggugat kestabilan seluruh Asia Barat.
5. Gencatan senjata mesti diutamakan di Asia Barat - Presiden China
Pelaksanaan gencatan senjata mesti diutamakan di Asia Barat, kata Presiden China Xi Jinping dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin pada Khamis.
6. Sistem pertahanan udara Iran bertindak balas terhadap serangan Israel
Sistem pertahanan udara Iran bertindak balas terhadap serangan udara Israel di ruang udara Gorgan.
7. Trump tangguh tarikh akhir jual atau larang TikTok untuk kali ketiga
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi melanjutkan tarikh akhir bagi syarikat induk TikTok yang berpangkalan di China, Bytedance untuk menjual platform video itu kepada pemilik dari Amerika Syarikat atau berdepan larangan operasi di negara itu.
8. Hun Manet seru Malaysia-Kemboja perkukuh sinergi pelancongan
Malaysia dan Kemboja merancang untuk mentransformasikan sektor pelancongan dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber masing-masing.
9. 60 peratus rakyat Amerika tidak stuju AS terlibat dalam konflik Israel-Iran - Tinjauan
Majoriti rakyat Amerika Syarikat menolak penglibatan negara itu dalam konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan minggu ini.
10. Kanada ancam kenakan tarif terhadap keluli, aluminium Amerika Syarikat
Kanada akan mengenakan kuota dan cadangan kenaikan cukai terhadap import keluli dan aluminium dari Amerika Syarikat sekiranya rundingan perdagangan antara kedua-dua megara gagal dimuktamadkan menjelang 21 Julai, umum Perdana Menteri Mark Carney.
#berita pilihan #antarabangsa #sektor pelancongan #gencatan senjata