Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/07/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Julai 2025.


1. "Saya rasa saya wujud" - Kejayaan pelarian bina semula kehidupan dalam bayang-bayang krisis

Hari Pelarian Sedunia pada 20 Jun telah berlalu, kita harus terus mengingati dan berdiri bersama penduduk kem di Coxs Bazar, Bangladesh.



2. China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan di Gaza

China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan termasuk operasi tentera Israel di Gaza.


3. Arab Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah sejak musim 1447H bermula

Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa lebih 190,000 visa umrah telah dikeluarkan kepada jemaah dari luar Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah.


4. PM Thailand Paetongtarn Shinawatra digantung tugas

Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra daripada menjalankan tugas sementara menunggu keputusan kes mahkamah yang mencabar tugasnya sebagai pemimpin.


5. PM Thailand Paetongtarn rombak Kabinet selepas pergolakan pakatan pemerintah

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra merombak barisan Kabinetnya susulan pergolakan dalam pakatan pemerintah.


6. Agenda pembangunan desa Malaysia harus jadi contoh ASEAN - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri menyatakan hasrat agar agenda pembangunan desa di Malaysia dapat dijadikan contoh kepada negara-negara ASEAN.


7. Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Osnabruck, 20,000 dipindahkan

Bahan letupan akan dinyahaktif pada Selasa, menyebabkan hampir 20,000 penduduk perlu meninggalkan kawasan pemindahan sebelum 3 petang.


8. Trump tandatangan perintah eksekutif tamatkan sekatan ke atas Syria

Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menamatkan program sekatan AS ke atas Syria.


9. Cuaca buruk ganggu penerbangan di Sydney, amaran banjir dikeluarkan

Sistem tekanan rendah yang semakin kuat di luar pesisir dijangka membawa hujan sehingga 120mm dalam tempoh enam jam.


10. Penggodam berkaitan Iran ugut dedah e-mel pembantu Trump, FBI lancar siasatan

Mereka juga menyatakan hasrat untuk menjual bahan tersebut, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya.




#berita pilihan #berita luar negara #berita antarabangsa #Berita AWANI