DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/07/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Julai 2025.


1. Gencatan senjata: Panglima ATM ketuai delegasi khas ke Thailand dan Kemboja

Delegasi diplomatik ini bertujuan memastikan semua pihak terlibat mematuhi perjanjian yang berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi.



2. Gencatan senjata diusahakan Putrajaya serlahkan pengaruh diplomatik ASEAN - Anwar

Episod berkenaan menjadi pengesahan penting terhadap nilai-nilai yang telah lama membawa kemakmuran kepada rantau ini.


3. Media Thailand sorot perjanjian gencatan senjata sempadan

Pengumuman gencatan senjata serta-merta antara Kemboja dan Thailand susulan rundingan di Malaysia mendapat liputan meluas dalam media Thailand.


4. PM Australia: Penafian Israel terhadap kebuluran di Gaza "tidak dapat diterima akal"

Albanese kritik dakwaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Israel di Australia bahawa tiada kebuluran di Gaza.


5. Belanda isytihar dua menteri Israel sebagai ‘persona non grata’

Kedua-dua menteri terbabit berulang kali menghasut keganasan penjarah terhadap penduduk Palestin, menyokong peluasan penempatan haram, dan menyeru pembersihan etnik di Gaza.


6. KSN ucap tahniah atas kejayaan Anwar runding gencatan senjata Thailand-Kemboja

Usaha yang digerakkan Perdana Menteri itu memperlihatkan komitmen Malaysia dalam memainkan peranan proaktif di peringkat serantau.


7. Tiga penyerang serangan Kashmir ditembak mati - Menteri India

Ketiga-tiga suspek terbunuh dalam operasi ketenteraan pada Isnin di kawasan pergunungan Dachigam.


8. Serangan Rusia ke atas penjara Ukraine ragut 16 nyawa

Insiden lewat malam Ahad di bandar Zaporizhzhia itu menyasarkan penjara yang menempatkan tahanan awam dan bekas anggota tentera.


9. Gencatan senjata Kemboja-Thailand dapat liputan meluas media Indochina

Rundingan gencatan senjata yang baru berakhir antara Kemboja dan Thailand di Malaysia, mendapat liputan meluas media di rantau itu.


10. Lima maut, puluhan dipindahkan susulan banjir kilat di Vietnam

Banjir memusnahkan 22 rumah, merosakkan puluhan kediaman lain, memaksa pemindahan keluarga, serta mengakibatkan kerugian besar kepada sektor pertanian dan ternakan.



#berita pilihan #antarabangsa #banjir kilat #ASEAN