DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 04/08/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Ogos 2025.


1. Seorang maut, 11 cedera nahas tren rempuh bas pelancong di Rusia

Pemandu tren dilaporkan cuba melakukan brek kecemasan, namun jarak terlalu dekat menyebabkan pelanggaran tidak dapat dielak.



2. China kekal pasaran robot industri terbesar dunia selama 12 tahun

Permohonan paten berkaitan robot dari China merangkumi dua pertiga daripada jumlah keseluruhan permohonan global pada tahun lalu.


3. Trump umum kenaikan tarif selepas panggilan telefon dengan Presiden Switzerland

Presiden AS itu mengumumkan tarif sehingga 39 peratus ke atas Switzerland dipercayai selepas mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Switzerland.


4. Korea Selatan cabut pembesar suara propaganda anti-Korea Utara

Langkah ini selaras dengan dasar pentadbiran baharu Presiden Lee Jae Myung yang mematikan siaran propaganda sejak Jun lalu.


5. MER-C: Klinik Al Aqsa B rawat 1,200 pesakit di Gaza setiap hari

Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran walaupun beroperasi dengan sumber terhad.


6. Taikun hartanah Malaysia mengaku bersalah kes berkaitan bekas menteri Singapura

Ong Beng Seng mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes yang dikaitkan dengan bekas Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran.


7. Konflik Thailand-Kemboja: PN ucap tahniah kepada PM Anwar

PN menyambut baik apa sahaja keterlibatan Malaysia dalam usaha memperkukuh kestabilan rantau ini.


8. 4 maut, ribuan dipindahkan akibat banjir dan tanah runtuh di Taiwan

Fenomena cuaca ekstrem itu berpunca daripada sistem tekanan rendah dan angin barat daya yang membawa kelembapan tinggi dari Laut China Selatan.


9. Bayi lelaki cipta rekod dunia, lahir daripada embrio beku 31 tahun

Embrio Thaddeus telah dibekukan sejak tahun 1994, menjadikannya embrio tertua yang berjaya menghasilkan kelahiran hidup.


10. 7 banduan maut, 11 cedera dalam rusuhan penjara di timur Mexico

Sekurang-kurangnya tujuh banduan terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam satu rusuhan yang tercetus di sebuah penjara di bandar Tuxpan.




#berita pilihan #antarabangsa #Perikatan Nasional #tanah runtuh