SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 22/08/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Ogos 2025.


1. Indonesia siasat jejak radioaktif pada udang dieksport ke AS

Kerajaan Indonesia menjalankan siasatan menyeluruh melibatkan BAPETEN, BRIN dan Kementerian berkaitan untuk mengenal pasti punca pencemaran dan langkah pemulihan.



2. IPC isytihar kebuluran di Gaza, beri amaran krisis bakal merebak

Ini merupakan kali kelima kebuluran disahkan IPC sepanjang 14 tahun selepas Somalia (2011), Sudan Selatan (2017 dan 2020), dan Sudan (2024).


3. Singapura tarik balik campuran salad Australia kerana bakteria

Agensi Makanan Singapura (SFA) telah menarik balik campuran salad yang diimport dari Australia selepas ujian mengesan tahap bakteria Bacillus cereus melebihi had yang dibenarkan, lapor Xinhua.


4. Anwar, Putin antara 20 pemimpin dunia hadir Sidang Kemuncak SCO di Tianjin

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai lebih 20 pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 yang kelima di Tianjin, China.


5. Itali kecam rancangan Israel bina penempatan baharu di Tebing Barat

Keputusan melancarkan operasi ketenteraan baharu di Semenanjung Gaza merupakan satu lagi peningkatan ketenteraan yang hanya akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sedia teruk.


6. Menteri Israel ugut 'pintu neraka akan terbuka' jika Hamas enggan serah diri, bebas tahanan

Serangan dijangka melibatkan 60,000 anggota simpanan dan menyasarkan pusat pentadbiran Hamas.


7. 12 anggota polis maut helikopter ditembak ketika musnahkan ladang kokain

Sekurang-kurangnya 12 anggota Polis Colombia terbunuh selepas sebuah helikopter yang digunakan dalam operasi memusnahkan ladang daun kokain ditembak jatuh di wilayah Antioquia pada Khamis.


8. Bandar di Jepun cadang ordinan hadkan penggunaan telefon pintar kepada 2 jam sehari

Cadangan ini mencetuskan perdebatan dalam talian, dengan ramai menyifatkannya sukar dilaksanakan.


9. 7 maut, 9 hilang selepas tali sokongan jambatan putus di China

Ketika kejadian, seramai 15 pekerja dan seorang pengurus projek berada di lokasi.


10. Thaksin bebas tuduhan hina Raja Thailand

Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada Jumaat berkata, beliau dibebaskan daripada tuduhan menghina raja.






#berita pilihan #antarabangsa #sidang kemuncak #operasi ketenteraan