DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 September 2025.
1. Kepimpinan Anutin penting, kemudi proses demokrasi Thailand - PM Anwar
Anwar berkata Thailand mempunyai peranan penting dalam menegakkan kestabilan serantau di ASEAN.
2. Rakyat Korea Selatan ditahan di AS dijangka pulang secara sukarela
Menteri Luar Korea Selatan berunding dengan pegawai AS untuk memuktamadkan pembebasan, dengan pesawat dijangka berlepas seawal Rabu.
3. Ketua bantuan PBB: Masa semakin suntuk untuk cegah kebuluran di Gaza
Masa semakin suntuk untuk menghalang kebuluran daripada merebak di luar utara Gaza, dengan hanya beberapa minggu lagi untuk mengelakkan kebuluran besar-besaran.
4. Wanita didakwa bunuh, simpan mayat dua anak dalam beg
Hakyung Lee, 44, didakwa membunuh Minu Jo, 6, dan Yuna Jo, 8, sekitar Jun 2018, setahun selepas kematian suaminya akibat kanser.
5. Arab Saudi siap sedia anjur Sukan Solidariti Islam 2025
Mereka amat berbesar hati menyambut kedatangan 57 kontinjen yang bakal bersaing dalam 23 acara sukan di venue bertaraf dunia sekitar Riyadh.
6. AI bantu polis Korea Selatan kesan individu hilang dalam 3 jam
Sistem dikenali sebagai Advanced Integrated Intelligence for Identification mengenal pasti lokasi lelaki hilang dalam masa kurang tiga jam berdasarkan gambar dan pakaian.
7. Saham Jepun melonjak selepas PM Ishiba letak jawatan
Indeks Nikkei 225 menokok 1.7 peratus kepada 43,740.15 manakala indeks lebih luas, Topix, naik 1 peratus ke paras tertinggi baharu.
8. Apple disaman penulis disebabkan 'cetak rompak' buku dalam melatih model AI
Perkara ini dilakukan tanpa kebenaran atau pelesenan, sekali gus membuatkan latihan model berkenaan dilakukan secara haram oleh Apple.
9. Korea Selatan selesai rundingan pembebasan 300 pekerja ditahan di AS
Pengumuman dibuat selepas 48 jam insiden serbuan pada Khamis yang menyaksikan 475 pekerja kilang bateri ditahan.
10. Hampir 70 cedera dalam insiden kemalangan perlumbaan basikal di Jerman
Kejadian berlaku semasa acara 'Riderman' berhampiran bandar Bad Durrheim di timur Black Forest dalam negeri Baden-Wurttemberg.