DUNIA
Ketua bantuan PBB: Masa semakin suntuk untuk cegah kebuluran di Gaza

Sejak pengisytiharan itu, 109 orang - termasuk 23 kanak-kanak - telah meninggal dunia akibat kebuluran, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. - Foto AP
ISTANBUL: Ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk menghalang kebuluran daripada merebak di luar utara Gaza, dengan hanya beberapa minggu lagi untuk mengelakkan kebuluran besar-besaran di kawasan tengah dan selatan wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- PBB memberi amaran kebuluran besar-besaran mungkin merebak ke kawasan tengah dan selatan Gaza seperti Deir al-Balah dan Khan Younis menjelang akhir September jika tiada tindakan segera.
- Pemindahan paksa dan serangan ketenteraan Israel dikritik kerana berlaku ketika kebuluran telah disahkan, menyebabkan kematian termasuk 23 kanak-kanak akibat kekurangan makanan.
- PBB menyeru gencatan senjata dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan, serta perlindungan terhadap orang awam dan pematuhan undang-undang antarabangsa.
Beliau menambah: "Kematian, kemusnahan, kebuluran dan pemindahan paksa orang awam Palestin adalah hasil daripada pilihan yang mencabar undang-undang antarabangsa dan mengabaikan masyarakat antarabangsa."
Menyeru tindakan segera diambil, Fletcher menggesa: "Benarkan bantuan kemanusiaan masuk - tanpa halangan dan pada skala yang mampu kami salurkan. Lindungi orang awam. Laksanakan langkah-langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Bebaskan tawanan. Bebaskan rakyat Palestin yang ditahan sewenang-wenangnya. Gencatan senjata."
Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) telah mengesahkan kebuluran di utara Gaza dan menjangkakan ia akan merebak ke Deir al-Balah dan Khan Younis menjelang akhir September.
Sejak pengisytiharan itu, 109 orang - termasuk 23 kanak-kanak - telah meninggal dunia akibat kebuluran, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami