[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 17/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 September 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 September 2025.


1. Jepun dijangka tidak iktiraf negara Palestin buat masa ini - Sumber diplomatik

Tokyo mengambil pendekatan berhati-hati walaupun menyokong resolusi PBB mengenai penyelesaian dua negara dan menyertai undian bersama 142 negara lain.



2. Serangan Israel di Doha pacu keperluan perjanjian pertahanan strategik baharu dengan AS

Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio yang tiba di Doha.


3. Trump umum kumpulan firma AS akan beli TikTok selepas capai persetujuan dengan China

Presiden Trump mengumumkan sekumpulan syarikat negara itu akan membeli platform media sosial TikTok selepas beliau mencapai persetujuan dengan China.


4. Suruhanjaya Eropah cadang sekatan baharu ke atas Israel

Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan sekatan tambahan terhadap Israel berhubung tindakannya di Semenanjung Gaza.


5. Prabowo rombak Kabinet, Erick Thohir dan Djamari Chaniago ambil alih portfolio strategik

Satu lagi rombakan Kabinet selepas mengambil alih jawatan tertinggi negara, dengan tumpuan kini terarah kepada pelantikan Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan serta beberapa portfolio lain.


6. Von der Leyen hadapi undi tidak percaya Parlimen EU Oktober ini

Von der Leyen sebelum ini mudah melepasi undi tidak percaya pada Julai lepas, apabila 360 Ahli Parlimen menolak usul berkenaan manakala 175 menyokong.


7. Kempen #GameOverIsrael gesa larangan pasukan, pemain Israel muncul di Times Square

Dunia perlu memberitahu Israel bahawa permainan sudah berakhir, tiada ruang untuk penjenayah perang dalam sukan.


8. Ford Amerika Syarikat hentikan 1,000 lagi pekerja di Jerman ekoran jualan EV lemah

Bermula Januari 2026, operasi kilang itu akan dikurangkan daripada dua syif kepada satu syif, sekali gus menjejaskan jumlah pekerja.


9. Pengasas Ben & Jerry’s letak jawatan susulan pertikaian berhubung konflik Gaza

Greenfield berkata beliau tidak lagi dapat meneruskan peranan dalam syarikat yang menurutnya telah 'disenyapkan' oleh Unilever.


10. Semua motosikal baharu di Singapura wajib dilengkapi ABS mulai April 2027

Singapura akan mewajibkan semua motosikal yang didaftarkan mulai 1 April 2027 dilengkapi Sistem Pembrekan Antikunci (ABS), sekali gus menjadi negara ASEAN pertama melaksanakan langkah itu.



#berita pilihan #antarabangsa #ASEAN #media sosial