awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ford Amerika Syarikat hentikan 1,000 lagi pekerja di Jerman ekoran jualan EV lemah

Bernama
Bernama
17/09/2025
03:00 MYT
Ford Amerika Syarikat hentikan 1,000 lagi pekerja di Jerman ekoran jualan EV lemah
Pengeluar kereta Amerika Syarikat akan memberhentikan 1,000 lagi pekerja di kilangnya di Cologne, Jerman berikutan permintaan kenderaan elektrik di Eropah yang terus merosot.
BERLIN: Pengeluar kereta Amerika Syarikat, Ford pada Selasa mengumumkan akan memberhentikan 1,000 lagi pekerja di kilangnya di Cologne, Jerman berikutan permintaan kenderaan elektrik (EV) di Eropah yang terus merosot, lapor Xinhua.
Bermula Januari 2026, operasi kilang itu akan dikurangkan daripada dua syif kepada satu syif, sekali gus menjejaskan jumlah pekerja.
Ini merupakan pemberhentian pertama yang melibatkan pengeluaran kenderaan sejak kilang itu diubah menjadi pusat pengeluaran EV pertama Ford di Eropah, selepas pelaburan bernilai US$2 bilion dua tahun lalu.
Pengumuman itu menyusul selepas keputusan Ford sebelum ini merancang mengurangkan 4,000 pekerja di Eropah menjelang 2027, termasuk kira-kira 2,900 di Jerman, kebanyakannya dalam bahagian pentadbiran dan pembangunan.
Rancangan itu mencetuskan mogok pertama pada Mei, sebelum pihak pengurusan dan majlis kerja mencapai persetujuan pada Julai yang menawarkan pakej pampasan.
Jurucakap majlis kerja kilang, David Luedtke menyifatkan langkah terbaharu ini sebagai "satu lagi tamparan hebat buat kilang Cologne."
Beliau turut memberi amaran bahawa ia menambah kebimbangan pekerja mengenai masa depan jangka panjang kilang terbabit.
Sekiranya kedua-dua pusingan pemberhentian itu dilaksanakan, tenaga kerja Ford di Cologne -- yang juga berfungsi sebagai ibu pejabat Eropah syarikat itu -- dijangka berkurangan kepada sekitar 7,600 orang, berbanding 12,000 tahun lalu dan 20,000 lima tahun lalu.
Penganalisis industri berpendapat kesukaran Ford mencerminkan cabaran lebih besar yang sedang dihadapi sektor automotif Jerman dalam peralihan kepada EV.
Menurut firma perunding EY, pengeluar kereta dan pembekal di negara itu telah mengurangkan lebih 51,000 pekerjaan sepanjang tahun lalu disebabkan permintaan lemah, tarif Amerika Syarikat serta kos tinggi peralihan kepada EV.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ford
#Ford hentikan pekerja
#kenderaan elektrik
#jualan EV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan