awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Anwar angkat ASEAN jadi kuasa penting serantau – Setiausaha Agung

Amirul Aiman
Amirul Aiman
28/10/2025
04:15 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Anwar angkat ASEAN jadi kuasa penting serantau – Setiausaha Agung
Trump turut memuji kepimpinan Anwar dan menyifatkan Malaysia sebagai negara yang hebat dan bertenaga, selepas lawatan dua hari beliau sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. - Gambar/ PMO
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadikan ASEAN sebagai tonggak perpaduan serantau di rantau Indo-Pasifik, kata Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn.

Ringkasan AI
  • Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadikan ASEAN sebagai tonggak perpaduan serantau di rantau Indo-Pasifik, dengan semangat solidariti yang semakin kukuh dalam kalangan negara anggota.
  • Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn menyatakan bahawa pendekatan Malaysia yang menekankan kerjasama dan keharmonian telah menarik perhatian pelbagai kuasa global, menjadikan ASEAN sebagai pusat tumpuan diplomasi serantau.
  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut memuji kepimpinan Anwar dan menyifatkan Malaysia sebagai negara yang hebat dan bertenaga, selepas lawatan dua hari beliau sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Beliau menegaskan bahawa semangat perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara anggota semakin kukuh di bawah pendekatan kepimpinan Malaysia yang menekankan kerjasama dan keharmonian serantau.
“ASEAN terus kekal utuh dengan semangat perpaduan dan solidariti yang tinggi,” katanya dalam satu temu bual bersama media pada Selasa.
“Saya dapat melihat bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau benar-benar memastikan ASEAN menjadi teras utama, sebuah tonggak perpaduan yang membawa semua pihak ke pusat tumpuan ASEAN,” katanya.
Menurut Kao, hasil daripada kepimpinan itu, ASEAN kini berada di kedudukan penting dalam rantau Indo-Pasifik serta terus menarik minat dan perhatian pelbagai kuasa global.
“Kita kini menarik minat, perhatian dan keutamaan yang besar daripada pelbagai pihak,” ujarnya.
Pada Isnin, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut memuji Anwar, dengan menyatakan bahawa kepimpinan Malaysia mencerminkan peranan rantau ini yang semakin penting dalam diplomasi global.
Trump turut menyifatkan Malaysia sebagai "negara yang hebat, sangat bertenaga" selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Topic Berkaitan
#ASEAN Summit 2025
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#Kao Kim Hourn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan