awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita terkini ASEAN25: Perdagangan antara negara ASEAN boleh capai 40 peratus - Ahli ekonomi

Bernama
Bernama
24/10/2025
09:10 MYT
Berita terkini ASEAN25: Perdagangan antara negara ASEAN boleh capai 40 peratus - Ahli ekonomi
Pengukuhan pelaburan dan rangkaian pengeluaran antara serantau akan membantu ASEAN membina daya tahan dan mengurangkan kebergantungan pada permintaan luaran. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan antara negara-negara ASEAN sebanyak 20 peratus boleh digandakan melalui rantaian nilai global yang dipertingkatkan dan pelaburan antara serantau yang lebih kukuh akan membentuk semula pola ekonomi blok 10 negara itu dan melambangkan peralihan kualitatif dalam integrasi serantau, kata ahli ekonomi.
Ketua Kumpulan dan Pakar Ekonomi Utama Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) Allen Ng berpendapat bahawa inisiatif seperti Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) yang dinaik taraf adalah penting tetapi masih belum mencukupi.
Beliau berkata inisiatif tersebut dapat membantu meningkatkan perdagangan antara ASEAN kepada 25 peratus.
"Bagaimanapun, dengan kejayaan peningkatan keupayaan domestik melalui rangkaian rantaian nilai global dan pelaburan antara serantau yang lebih kukuh, ia boleh mencecah sehingga 40 peratus," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata penyepaduan yang kukuh dalam rantaian nilai global terutamanya dengan Jepun, Korea Selatan dan China untuk meningkatkan keupayaan domestik melalui pemindahan teknologi dan pertumbuhan produktiviti menjadi antara bidang utama.
"Kedua, ASEAN perlu menggalakkan pelaburan antara serantau yang lebih tinggi, terutamanya melalui pengantarabangsaan syarikat-syarikat ASEAN ke rantau ini untuk mewujudkan rangkaian pengeluaran dan permintaan serantau baharu dan meningkatkan yang sedia ada," katanya.
Beliau berkata memperkukuh pelaburan dan rangkaian pengeluaran antara serantau akan membantu ASEAN membina daya tahan dan mengurangkan kebergantungan pada permintaan luaran.
Mengenai perkembangan lain, Ng berkata pembangunan pasaran bon serantau, pembiayaan mata wang tempatan dan rangka kerja kewangan mampan meningkatkan akses kepada modal dan memudah cara pengembangan perniagaan rentas sempadan.
AMRO menyumbang kepada memastikan daya tahan dan kestabilan makroekonomi dan kewangan rantau ASEAN+3 melalui pemantauan, menyokong perjanjian pembiayaan serantau, menyediakan bantuan teknikal, menjadi hab pengetahuan serantau dan memudah cara kerjasama kewangan.
ASEAN+3 terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN bersama China, Jepun dan Korea Selatan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#ekonomi ASEAN
#Kuala Lumpur
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan